.::Kelab Intelek Islam::.

Sunday, February 28, 2010

~doa setiap anggota wudhuk~


Dari sebuah buku Panduan Amalan Harian yg berjudul Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) karangan Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a. yg diterjemahkan oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam).

Buku ini menggariskan amalan-amalan yg kita lakukan setiap hari. Antaranya ialah adab-adab melakukan ketaatan. Dalam adab berwudhuk, Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a telah menggariskan panduan doa-doa yg dibaca ketika membasuh setiap anggota wudhuk.

Ketika berkumur-kumur bacalah:

“Ya ALLAH, Permudahkanlah aku untuk membaca kitabMU (Al-Quran) dan untuk memperbanyak berzikir kepadaMU dan kukuhkanlah aku dengan perkataan yg kukuh (La Ilaha Illallah) di dunia dan di akhirat”
[maksudnya jadikanlah hidup dan mati hambaMU ini di dalam keadaan beriman]

Ketika memasukkan air ke dalam hidung, bacalah:

“Ya ALLAH, ciumkanlah akan hidung ini akan bau wangi syurga sedangkan Engkau redha daripadaku”

Ketika menghembuskan air dari hidung pula, bacalah:

“Ya ALLAH, aku berlindung dari bau busuk neraka yg Engkau cipta dan daripada kejahatan tempat kediamanku”

Ketika membasuh muka, bacalah:

“Ya ALLAH, putihkanlah mukaku dengan nurMU pada hari kiamat dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapanMU seperti hitamnya muka musuh-musuhMU”

Ketika membasuh tangan kanan, bacalah:

“Ya ALLAH, berikanlah kepadaku catatan amalanku di tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yg mudah”

Ketika membasuh tangan kiri pula,bacalah:

“Ya ALLAH, janganlah Engkau berikan catatan amalanku di tangan kiriku atau daripada sebelah belakangku”

Ketika menyapu kepala bacalah:

“Ya ALLAH, liputilah aku dengan rahmatMU dan kurniakanlah aku berkatMU, dan naungilh aku di bawah naungan arasyMU di hari yg tidak ada naungan kecuali hanya naunganMU. Ya ALLAH, haramkanlah rambutku dan kulitmu daripada sentuhan api neraka.”

Ketika membasuh telinga bacalah:

“Ya ALLAH, jadikanlah aku hambaMU yg mendengar perkataan yg baik lalu mengikutinya. Ya ALLAH, perdengarkanlah kepadaku suara pemanggilsyurga di dalam syurga bersama dengn orang yg baik”

Ketika membasuh tengkuk bacalah:

“Ya ALLAH, bebaskanlah tengkokku ini daripada api neraka dan aku berlindung denganMU daripada segala rantai dan belenggu di dalam api neraka”

Ketika membasuh kaki kanan bacalah:

“Ya ALLAH, tetapkanlah kedua kakiku di atas titian Siratul mustaqim bersama dengan kaki-kaki hambaMU yg soleh.”

Ketika membasuh kaki kiri pula, bacalah:

“Ya ALLAH, aku berlindung denganMU daripada tergelincir kakiku ke dalam api neraka ketika aku melalui titian siratul mustaqim. Di mana pd hari itu akan tergelincir kaki-kaki orang munafik dan musyrik”

Saturday, February 20, 2010

Ayyuhal Walad

Wahai Anakku Yang Tercinta


Seorang anak murid kesayanngan Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali yang dahagakan ilmu pengetahuan menulis sepucuk surat kepada gurunya untuk meminta nasihat khusus untuknya. Ayyuhal Walad karangan Al-Imam Al-Ghazali merupakan sepucuk surat balasan kepada surat anak murid kesayangannya tersebut.

Kesungguhan anak murid Imam Ghazali dapat dilihat apabila beliau memanfaatkan segala ruang yang ada untuk mendapatkan mutiara hikmah daripada seorang ulama’ tersohor pada masa tersebut.

Surat ini juga boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja pada masa sekarang kerana ianya merupakan himpunan nasihat seorang guru kepada muridnya dan umpama nasihat seorang ayah kepada anaknya sendiri.

Terdapat sebanyak 25 mutiara nasihat yang imam Ghazali sertakan dalam kitab ini yang sebenarnya dipetik daripada kitabnya sendiri Ihya Ulumuddin. Ia merangkumi banyak aspek termasuk berkaitan dengan ilmu, tasauf, tawakal, ikhlas dan sebagainya.

Sebagai seorang insan biasa, kita memerlukan banyak nasihat untuk memastikan hidup kita masih berputar di landasan yang betul. Buku ini amat berguna untuk menjadi teman kita dan dapat memberikan nasihat yang berguna setiap hari.

Semoga buku ini menjadi salah satu asbab untuk kita berubah kepada yang lebih baik..jadilah anak murid yang taat dan baik..

~semoga Allah memanjangkan umurmu dalam berbuat taat kepadaNya dan semoga Allah memudahkan bagimu untuk mengikuti jalan para kekasihNya~

~ada soalan?~

Tajuk: Ayyuhal Walad (wahai anakku yang tercinta)
Karangan: Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali
Penterjemah: Abu Ali Al-Banjari An Nadwi
Terbitan: Khazanah Banjariah cetakan keempat, 2007
Harga: RM5.00
Mukasurat: 84

Tuesday, February 9, 2010

Sandera Kebun Cinta



14 Februari memang sinonim dengan hari Valentine yang dikatakan sebagai hari meningkatkan cinta kasih kepada pasangan masing-masing. sehubungan dengan itu, JKM dan KTKS KTDI telah mengadakan satu ceramah berkaitan dengan hari 'pelik' ini bagi menyedarkan mahasiswa UTM tentang hakikat kasih sayang yang sebenar. Ia disampaikan oleh Ust. Mahyuddin Md Sarip dari Pusat Islam UTM.

Sedikit perkongsian daripada program tersebut, cinta boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:

CINTA ALLAH
>>jika kita mencintai Allah, Allah akan menjaga cinta kita kepada manusia
>>Surah Taha mampu melembutkan hati orang marah dengan izin Allah
>>Jika kaum hawa marah, ianya tidak akan lebih dari 4 minit tapi membawa kemusnahan yang dasyat
>>jika kaum adam marah, ia tidak mengakibatkan kemusnahan yang dasyat tapi mengambil masa yang lama untuk sembuh


CINTA RASUL
"ya Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai kau seperti aku mencintai diri aku sendiri" kata Umar Al-Khattab kepada Rasulullah

kemudian Rasulullah menjawab, "kau silap wahai umar"

dan menyambung, "tidak beriman dikalangan kamu sehingga engkau menyayangi aku melebihi engkau menyayangi diri engaku sendiri, ibubapa, dan anak-anak"

SAYANG IBU BAPA
"seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, namun 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu"


SABDERA KEBUN CINTA
>>setelah kita menaburkan cinta kepada 3 pihak di atas, barulah kita boleh melabuhkan cinta kepada pasangan masing-masing DENGAN JALAN YANG HALAL.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
~Ar-Ruum: 21~

~semoga apa yang kita lakukan diterima oleh Allah~

Saturday, February 6, 2010

Hidup Indah Bersama Islam


Pusat Islam UTM, jumaat, 5 Februari 2010. Satu ceramah Islam bertajuk "hidup indah Bersama Islam" telah diadakan semalam oleh Kelab Iqra' UTM dengan kerjasama Fakulti Tamadun Islam. Ceramah selama hampir 2 jam itu telah disampaikan oleh seorang penceramah terkenal, Ustaz Zahazan Mohamed. Beliau merupakan seorang yang terlibat dalam bidang dakwah di akhbar, majalah, radio dan TV dalam dan luar negara sepaerti majalah solusi dan radio IKIM.fm.

bertemakan kesyumulan Islam, beliau telah berkongsikan banyak mutiara ilmu kepada ratusan hadirin yang datang. bermula dari kesyumulan Islam, beliau telah mengupas satu persatu kehebatan Islam dan penganutnya sama ada pada masa sekarang ataupun pada zaman Rasulullah SAW. antaranya ialah tentang kebijaksanaan Saidina Ali Karamallahu wajhah dalam menyelesaikan banyak masalah yang memerlukan pelbagai cabang ilmu pada zaman pemerintahan khulafa Ar-Rasyidin.

Beliau juga turut menceritakan tentang keadilan saidina Abu Bakar As-siddiq yang sedia menerima pendapat sahabat lain dalam memutuskan sesuatu perkara. Saidina Umar Al-Khattab juga merupakan seorang khalifah yang zuhud sebelum dan selepas menjadi pemerintah terbesar negara Islam pada masa tersebut.

tidak ketinggalan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya yang taat kepada arahan dan perintah agama sehingga meng'iakan hadis Rasulullah
ketika menggali Parit Khandaq;

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

terdapat banyak perkara dan isu semasa yang disentuh oleh ustaz Zahazan dalam ceramah tersebut. penulis masih lagi belum mendapatkan rakaman suara ceramah tersebut. InsyaAllah akan diusahakan..

wallahu 'alam

Para hadirin mula membanjiri MSI sementara menuggu ketibaan Ustaz Zahazan.


Majlis dimulakan dan diakhiri dengan doa



~betapa indahnya hidup ini jika Islam dipegang dengan sebaiknya. alangkah ruginya orang yang memegang Islam dengan separuh-separuh. dan celakanya orang yang meninggalkan Islam dari cara hidupnya yang sentiasa memerlukan Rahmat dan Kasih sayang Allah.~


~ada soalan?~
Penulis:
Kamsar Bin Muhamad Bahron
3-SMM Kejuruteraan Mekanikal (Mekanikal)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Lagenda Pejuang Islam

Friday, February 5, 2010

AKU, BUKU DAN CINTA


AKU

Siapa aku?. Aku adalah seorang hamba Allah yang jahil. Dahagakan ilmu kurniaan Allah. ..
Aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain demi menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak. Aku rela tidak makan roti dan hanya makan manisan dengan secawan air, kerana jika aku makan roti, maka banyaklah masaku yang terbuang.
~Ibn ‘Aqil~


BUKU

Buku adalah teman yang baik, khadam yang jujur, tidak kenal dosa dan tidak mempunyai cela. Apabila anda mendekat diri kepadanya, ia takkan pergi menjauh. Bila anda menjauhkan diri daripadanya, ia pun tidak akan melupakan anda. Bila anda akrab dengannya, ia takkan menjemukan. Bila anda meninggalkannya, ia takkan berbuat khianat. Bila anda mengajaknya berbicara, ia akan mendengarnya. Bila anda meminta kepadanya, ia akan member. Bila anda merasa berat, ia akan membuat anda merasa ringan. Bila anda memanggilnya, ia pasti akan datang. Dan bila anda meminta maaf kepadanya, ia akan maafkan.
~Dr.’Aidh~

CINTA

Sekalipun cinta telah kuhuraikan, dan kujelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri. Meskipun lidahku telah mampu menghuraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang. Sementara pena, begitu tergesa-gesa menuliskannya. Kata-kata pecah dapat mengungkapnya, begitu sampai kepada cinta. Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya. Bagaikan keldai berbaring di dalam lumpur. Cinta sajalah yang menerangkan cinta dan bercinta.
~*ana~


Aku, buku, dan cinta menuliskan tentang percintaan makhluk bergelar manusia dengan ilmu kurniaan Allah. Sebuah buku yang padat dengan kata-kata mutiara pembangun jiwa untuk lebih bersemangat menuntut ilmu terutama sekali melali pembacaan.

Ia dimulakan dengan sebuah cerita sang pencinta ilmu, kenikmatan membaca dan menuntut ilmu, pembaca telah disuntik jiwanya untuk terus membaca dan membaca. Tidak sampai di situ sahaja, di pertengahan buku, penulis telah berkongsikan banyak cerita mengenai para pencinta ilmu dan kegigihan mereka.

Manakala di akhir buku pula, penulis telah membahaskan beberapa kitab yang terkenal termasuk kritikan membina terhadap kitab-kitab tersebut.

~diharapkan daripada buku ini kita dapat memetik sebanyak mungkin mutiara pembakar jiwa untuk terus mengharungi samudera keilmuan demi menuju ke destinasi mardatillah~

Penulis:
Kamsar Bin Muhamad Bahron
3-SMM Kejuruteraan Mekanikal (Mekanikal)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Lagenda Pejuang Islam