.::Kelab Intelek Islam::.

Wednesday, May 26, 2010

Kasih Ibu: Sebuah Cerita

Kasih ibu kasih sejati..
Kasih ibu membawa ke syurga..
pernahkah kita bertanya..

apakah yang telah kita lakukan untuk ibu?
apakah yang telah kita doakan untuk dia?
apakah yang telah kita berikan kepadanya?

satu kisah benar yang benar-benar menggugah jiwa seorang anak yang masih belum mampu memberikan apa-apa untuk sebatang tubuh bernama ibu..
satu kisah tentang kasih ibu yang telah menggegarkan dunia selepas berlakunya satu malapetaka di tanah besar..

semoga kita mendapat ibrah daripada cerita agung ini..
YOU MUST REMEMBER THAT YOUR MOTHER WILL ALWAYS LOVE YOU!!





sila klik pada imej untuk besarkan..
~ada soalan?~

catatan:
1) i love you mom!
2) i will always love you mom!

JAWATAN KOSONG-JGN LEPASKAN PELUANG!




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana hari ini diri ini masih diberi peluang untuk menghirup udara Allah serta menikmati segala kurnianNya yang amat sangat tidak terhitung betapa tinggi nilainya. Subhanallah…
Sedar atau tidak, manusia pada hari ini leka dengan segala nikmat duniawi hinggakan kafir laknatullah (Yahudi dan Kristian) sedang bertepuk tangan gembira apabila umat Islam pada hari ini telah dapat memenuhi segala tuntutan mereka. Di manakah umat Islam kini??Perasaan prihatin terhadap sedara seislam sendiri sudah tiada lagi di dalam sanubari umat Islam. Ke mana perginya perasaan ini? Adakah umat Islam pada hari ini telah tersasar jauh dari landasan Islam? Tepuk dada, Tanya iman.. Sememangnya umat Islam kini sudah lari dari landasan Islam , jauh meninggalkan ajaran Agama Islam yang sebenar. Beginilah realiti umat manusia pada masa kini, yang hanya tinggi pada nilai kuantiti tapi bukan pada kualiti.
Rasulullah pernah bersabda, `Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang Islam yang lain, maka dia bukanlah dari kalangan golongan mereka (orang-orang Islam).
Ayuhlah, kita sama2 cakna dengan saudara kita dan sama-samalh kita mendekatkan diri kpdNya, kerana setiap yang hidup pasti akan mati dan MATI ITU PASTI!!
Marilah kita sama-sama merebut jawatan tersebut!!siapa cepat, dia dapat…renung2kan dan selamat beramal =)

Monday, May 24, 2010

MISI 8A!



Sejak dari kecil lagi, kita selalu mendengar dan diajar agar menjauhkan diri dari perkara yang tidak berfaedah seperti membaca komik jika ingin ‘Berjaya’. Kini komik bukan lagi musuh besar dalam pelajaran. Syarat utama; ia mestilah bermanfaat. PTS mengambil inisiatif untuk menjadikan komik yang sememangnya diminati ramai sebagai medium untuk menyampaikan peringatan terutama kepada yang liat untuk membaca buku.
Photobucket

Karangan dua beradik yang cemerlang dari Johor ini menceritakan tentang seorang pelajar tingkatan 3 yang mengalami masalah pelajaran (ala-ala nobita). Dia hanya cuba belajar apabila semua barangannya seperti permainan video, ipod dan lain-lain telah dirampas oleh ibunya dan berjanji akan mengembalikannya jika beliau mendapat peningkatan dalam pelajaran.
Hidup dan kehidupannya berubah setelah dia bertemu dengan seorang pelajar pintar dari tingkatan yang sama…
Photobucket


Buku ini sepatutnya berda di tangan setiap pelajar yang inginkan momentum tambahan dalam menempuh hidup sebagai seorang yang inginkan kejayaan. Ia memuatkan lukisan yang berkualiti, memiliki unsur-unsur jenaka ala-ala komik jepun dan mempunyai beberapa babak yang menyentuh perasaan..
Photobucket


Penulis/Pelukis: Afiq, Nazry
Harga: RM 6.90 / RM 7.90
ISBN-13: 978-967-5564-23-9
Tarikh Terbit: 20 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 112
Kategori: Komik
Terbitan: PTS Millenia SDN BHD
Beli: Pesta Buku Antarabangsa KL