.::Kelab Intelek Islam::.

Saturday, August 28, 2010

Aku Belum Bersedia..



Salam..

Makluman kepada sahabat-sahabat yang selalu menggunakan ayat seperti tajuk di atas, entri ini berkaitan dengan benda lain..Cuma nak pinjam ayat sahaja.

Sejak memasuki zon perdana untuk umat Islam, banyak perubahan yang dapat aku lihat berlaku disekitar duniaku UTM. Adakah kerana mereka berpuasa atau kerana berkatnya Ramadhan yang menjadikan mereka begitu, hanya Allah yang maha Mengetahui akan hamba-hambaNya.
Kenapa aku berpuasa?

Bayangkan, kalau datang kepada kamu seseorang dan tanya soalan, kenapa ko puasa?. Apa ayat yang akan keluar dari mulut anda?

Contoh 1:
Memang lah kena puasa bro..agak-agak jugak la kalau tak puasa. Tak ke nanti ko kena tangkap. Lagipun, bagi aku lah kan, sapa yang tak puasa ni, memang sah orang lemah dan orang lembik!. Penyakit gastric? Hoho..Itu penyakit orang manja bro..kihkihkih

Contoh 2:
Eh, awak orang Islam. Takkan awak tak tahu.. perut kita ni, mempunyai satu medium yang akan merembeskan asid hidroklirik. Asid ni, berfungsi untuk menghancurkan makanan yang berada dalam perut kita. Ha.. sebab tu umat Islam digalakkan bersahur. Sebab pada waktu itu, asid tadi dijadualkan untuk dirembes dengan banyak. Selepas 2 jam waktu makan, semua makanan tadi habis diproses di perut dan dihantar ke usus kecil. Baki 12 jam kita berpuasa lagi adalah waktu dimana perut kita akan kosong. Apabila asid hidroklorik tadi dirembes lagi, ia sebenarnya membersihkan dinding perut kita dari sisa-sisa makanan. Allah memerintahkan kita berbuka pada waktu maghrib kan..an..an..an.. sebabnya adalah itu dalah waktu di mana perut kita bersih dari sisa makanan. Kalau kita tidak makan pada waktu tersebut, asid tadi akan menghakis perut dan jika kita makan lebih awal, perut kita tidak berapa nak bersih. Subhanallah.. itulah ciptaan Allah..wah!!

Contoh 3:
Ntah. Perintah Allah kan. Ada dalam Quran lau tak silap.

Contoh 4:
La..sebab perut kita ni perlu direhatkan. Sedangkan robot perlukan rehat. Apatah lagi perut kita yang tak seberapa ni. Dalam setahun, mestilah ada waktu untuk rehat bah!.

Contoh 5:
Ko tu budak biasiswa JPA! Mana ko paham perasaan aku nih. Kurang-kurang, kalau aku puasa, bajet boleh lah kurang sikit.

Contoh 6:
Ko tak tahu ker? Ustaz tu cakap, ada kajian yang dibuat oleh Schilvengrez dari Negara ntah apa da.. kalau puasa cara Islam ni, kesihatan kita boleh bertambah dan umur pun boleh panjang tau.

p/s: suma jawapan mantap-mantap. Tapi ia semua menggambarkan niat masing-masing. Kan.. an.. an..

Tak payah nak cerita panjang..


“barangsiapa yang berpuasa dan puasanya tidak membawanya menuju ketaqwaan kepada Allah, makan puasanya bermasalah..”[Ismail Musytari, 2010]


Hikmah puasa

Banyak hikmah kita boleh Nampak hasil dari bulan tarbiyah ini. Terutama sekali di sekitar UTM.
1. Orang ramai semakin galak membaca Al-Quran
2. Orang ramai berlumba-lumba bersedekah
Gambar adalah hidangan berbuka puasa yang disediakan di Masjid Sultan Ismail.

3. Orang semakin ramai datang ke Masjid
Gambar menunjukkan orang ramai yang datang berbuka puasa di MSI sebelum solat Maghrib. Gambar tengah solat tidak dapat diambil kerana penulis sedang solat.

4. Orang ramai semakin sensitif dengan perkara sekeliling
Gambar menunjukkan sudut pidato yang dibuat selepas solat jumaat yang menyentuh tentang isu Palestin.

5. Semakin banyak program Islamik diadakan seperti forum, ceramah dan lain-lain
6. Dan lain-lain.

Jadi apa aku nak sampaikan nih? Ntah la.. yang penting ada lah tu mesej yang sampai kan. JOM PUASA PENUH!. Bagi yang mampu…

Gambar menunjukkan Ramadhan sudah sampai separuh!

Catatan:
1. Puasalah. Kamu tidak akan rugi
2. Betulkan niat puasa.

3. Manfaatkan bulan perdana ini.

Tuesday, August 24, 2010

2 hari lagi!

Apa yang dua hari lagi? 2 hari lagi adalah 17 Ramadhan.

Cuba bayangkan..
Pada suatu hari, anda bangun seawal 5 pagi (untuk orang semenanjung) untuk bersahur. Anda sedar tentang kepentingan bersahur dan anda sebagai seorang pelajar dan dai’e sepenuh masa sudah tentunya tidak ingin melepaskan peluang keemasan ini.

Walaupun sikit, asalkan berkat. Sedikit roti dicubit dan dikunyah sambil menunggu air dalam cerek pemanas mendidih. Makan sambil tutup mata tentunya bukan sesuatu yang anda inginkan. Makumlah semalam anda terperangkap dengan mesyuarat Ihya’ Ramadhan kolej anda sehingga lewat tengah malam.

Tiba-tiba, Booommm!!!!... anda tersentak. AllahuAkbar!! Apalah budak-budak UTM ni. Dah masuk U pun masih main mercun lagi. Dah la pagi-pagi buta. Agak-agak lah bah jugak.

*****

Usai bersahur, perut pun kenyang, hati senang, wajah riang, jam loceng ditatap beberapa saat.. hmmm.. 20 minit lagi masuk subuh.. boleh lagi tidur satu round nih.. hihihi..bisik hati kecil.. tapi, anda sebagai seorang mahasiswa yang sihat memilih untuk melawan rasa malas dan segera mengambil air wudhuk untuk bertajjud..

usolli..
belum sempat anda mengangkat takbir solat, tiba-tiba satu pengumuman kecemasan diumumkan dan meminta semua mahasiswa berkumpul di dewan sebaguna dengan segera. Tanpa membang masa anda bergegas ke dewan sambil dipenuhi tanda tanya tentang apa yang berlaku.

*****

Pengetua kolej mara kehadapan..
"Assalamualaikum. Dengan masa yang terbatas ini, saya akan jelaskan perkara ini dengan ringkas. Harap semua ambil perhatian. Keadaan Negara kita sekarang telah berlaku huru-hara. Amerika dan Israel telah mengisytiharkan perang ke atas Negara kita dan akan menyerang pada hari 17 Ramadhan. Berdasarkan laporan yang diterima, Singapura turut bersekongkol menyerang kita."

"Semua parti politik termasuk sudah bergabung dan fokus untuk mempertahankan tanah air kita. Kini tiada lagi masalah antara jemaah di Negara kita. Tiada lagi masalah parti politik di Negara kita. Tiada lagi masalah perkauman di Negara kita. Semuanya sudah bergabung untuk menentang Yahudi Laknatullah."

"Saya sebagai wakil kolej ini diarahkan untuk menagmbil sebanyak mungkin nama mahasiswa yang bersedia untuk turut serta dalam perjuangan ini. Secara terus terang, berdasarkan kepada teknologi yang kita ada, tiada jaminan untuk pulang hidup-hidup. Yang pasti, jika anda mati, anda akan mati dalam keadaan tidak menyerah kalah kepada musuh."

"Jadi, siapa yang bersedia, boleh mara kehadapan sekarang juga."

Anda buntu. Anda keliru. Perkara yang tidak terfikir oleh akal seorang mahasiswa yang inginkan keputusan peperiksaan yang baik dan sekadar menjadi pimpinan kepada sebuah kelab kecil yang islamik. Banyak cerita tentang pengorbanan aku dapat dalam usrah dan program. Tapi aku tidak pernah bertanya tentang situasi ini. Apa yang perlu aku lakukan?

Tahukah anda?
Berapakah berat M16 beserta dengan peluru?
Berapakah jarak paling jauh anda boleh lari?
Pada waktu tengah hari, adakah anda bersemangat untuk berpuasa?
Berapakah berat beg anda yang sarat dengan buku?

Nanti..anda akan menggalas bag pack, menjinjing M16 dan berlari kearah musuh pada waktu tengah hari 17 Ramadhan. Para sahabat Berjaya pada zaman mereka kerana apa?. Adakah anda akan Berjaya? Kenapa?.

Pemandangan di atas balai cerapan UTM..14 Ramadhan semasa berjogging..

Untuk menjawab, cubalah lakukan beberapa perkara yang meletihkan dan tengok sejauh mana anda mampu bertahan..

Catatan:
1. Sekadar pembuka minda pada hari yang orang sibuk berbicara tentang hari raya
2. Adakah anda kuat?
3. Apa yang anda tahu tentang tarbiyyah jasadiyyah?
4. adakah anda sudah bersedia?
5. salah satu latihan, bertakbir kuat-kuat jika ada perkumpulan untuk mengutuk serangan terhadap Palestin..hihi..

Friday, August 20, 2010

Mencipta Kecemerlangan Diri


“hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka UTM berusaha secara menyeluruh dan bersepadu memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat sesuai dengan kehendak-Nya”

“Diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia”


Buku mencipta kecemerlangan diri karangan Professor Dr. Mohd Tajudin Haji Ninggal merupakan sebuah karya yang ditujukan khas untuk mahasiswa baru UTM 2010/2011 bersempena dengan Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) baru-baru ini. Falsafah UTM jelas menunjukkan bahawa kecemerlangan merupakan satu elemen yang sangat penting untuk memastikan UTM mencapai visi menjadi pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia.

‘Nasihat’ murni TNC ini menunjukkan betapa beliau mengingini mahasiswa agar menjadikan UTM sebagai lapangan menuju ke arah kecemerlangan terutama sekali dari segi sahsiah dan keintelektualan. Bab Menuntut Ilmu dalam buku ini diletakkan pada bahagian akhir sekali sebelum penutup yang mana menunjukkan perlunya seseorang itu melakukan transformasi dalaman terlebih dahulu sebelum menuju ke peringkat yang wajib setiap mahasiswa lakukan iaitu menuntut ilmu dan mencapai kejayaan.

Senario masa kini merekodkan betapa perlunya pencapaian kemajuan teknologi maklumat, sosial, budaya, rohani dan intelek secara bersepadu dalam rangka menuju transformasi mahasiswa. Lantaran itu, perlunya universiti memainkan peranan untuk menyediakan sumber manusia yang kompetan dan berpengetahuan tinggi. Tapi itu bukannya syarat utama kecemerlangan melainkan ianya datang dari dalam diri individu itu sendiri.

“dasar pembangunan mahasiswa UTM adalah satu usaha bersepadu dan konsisten ke arah pembentukan mahasiswa berkualiti dan berwawasan berasaskan kepada keseimbangan dan keharmonian dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah ke arah melahirkan graduan holistik yang boleh menyumbang ke arah kemajuan dan kelestarian masyarakat tempatan dan antarabangsa”

MENUNTUT ILMU
1. Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim (Riwayat Ibn Majah)
2. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan. Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (A-Alaq,96: 1-5)
3. Pihak Universiti membangunkan UTM Reading station (UTMRS) untuk menyemarakkan dan menggalakkan budaya membaca
4. UTMRS mempunyai 6 objektif pembangunan
5. Terdapat 24 UTMRS di UTM Skudai dan 5 UTMRS di UTMKL.
6. “dan katakanlah: Ya Allah tambahkanlah ilmuku” (Taha: 114)

Catatan:
1. Buku ini lebih banyak menyentuh tentang agenda pembangunan mahasiswa
2. Buku ini untuk MENCIPTA kecemerlangan diri. Bukan MEMBINA kecemerlangan diri
3. Ramai ‘murid’ yang tidak berminat untuk cemerlang membuang buku ini merata-rata semasa ia diberikan secara percuma. Thanks to them, I got one!.
4. Kalau buku ni gunakan tulisan yang lebih kecil, kurangkan gambar dan gunakan ruang mukasurat sebaiknya, ia akan menjadi lebih nipis.
5. Editor buku ini, En. Zubil Bahak adalah pensyarah saya. Fluid mechanics.

Tajuk: Mencipta Kecemerlangan Diri
Tebal: 80 mukasurat
Penulis: Profesor Dr. Mohd Tajudin Haji Ninggal
Harga: FREE
Kedai: UTM
Penerbit: Penerbit UTM Press