.::Kelab Intelek Islam::.

Wednesday, September 29, 2010

Golongan Yang Tercicir di Jalan Dakwah..kenapa dan bagaiman?

Kehidupan sebagai seorang pelajar memberi kebebasan kepada setiap pelajar untuk mengisi masa dengan apa jua jenis aktiviti. Sebahagian dari mereka ada yang memilih untuk menyertai organisasi kepimpinan sebab ingin mengasah generic skill, membentuk leadership dan sebagainya. Sebuah buku yang berjudul “Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Dakwah…kenapa dan bagaimana?” molek dibaca sebagai rujukan. Walaupun judul buku tersebut mengenai jalan dakwah tapi bersesuaian untuk dijadikan rujukan bagi sesiapa yang terlibat dengan organisasi sebagai ketua atau orang bawahan.

Buku ini mengupaskan punca-punca yang menyebabkan ahli sesebuah organisasi mengasingkan diri, mengelak atau melarikan diri dari organisasi yang disertai. Terdapat 3 aspek kelemahan yang menjadi punca scenario (mengasingkan diri, mengelak atau melarikan diri dari organisasi) tersebut iaitu kelemahan organisasi itu sendiri, kelemahan diri sendiri dan ancaman anasir-anasir luar.
Kelemahan-kelemahan yang timbul disebabkan pelaksanaan tanggungjawab oleh organisasi dan ahlinya bermasalah. Tanggungjawab sesebuah organisasi antaranya menyediakan program tarbiyah (pendidikan), memberikan kerja kepada ahlinya dan menjaga kebajikan. Sebagai ahli pula, mestilah mempunyai persediaan dari segi ilmu dan juga niat untuk menyertai organisasi supaya tidak timbul rasa jemu dan sia-sia dalam melaksanakan gerak kerja. Ahli yang juga berstatus pelajar kadang-kadang mempunyai masalah untuk memberi komitmen kepada organisasi mereka kerana bimbang akan menjejaskan akademik mereka. Namun ada juga yang memandang ringan terhadap akademik mereka dan terlampau focus pada organisasi. Sebaik-baiknya, seimbangkanlah kedua-dua perkara. Akademik nombor satu, gerak kerja bukan nombor dua. Selain dari pelaksanaan tanggungjawab oleh organisasi dan ahlinya yang bermasalah, ancaman anasir luar juga punca kenapa ada ahli yang menjauhi dari organisasi. Antara ancaman tersebut ialah ujian, keluarga dan persekitaran. Setiap ibubapa mengharapkan anak-anak mereka berjaya disebabkan itu ada ibubapa yang melarang anak-anak mereka menyertai mana-mana organisasi kerana takut akademik anak-anak terjejas.
Harapnya, bahan bacaan ini dapat meresapkan ke dalam hati saya untuk saya hayati kemudiannya dipraktikkan. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang diamalkan dan juga antara bekalan mati. Ilmu seharusnya diamalkan supaya tidak menjadi lopak air yang mengering (macam pernah dengar je ayat nih)

Friday, September 17, 2010

Isabella

Sebuah novel pembantangan perbandingan antara Islam dan Kristian

Novel ini merupakan satu pembentangan sebuah cerita indah seorang gadis bernama Isabella. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita sering mendengar cerita benar mengenai beberapa orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk menerima hidayah-Nya. Yang menarik perhatian adalah kebanyakan mereka adalah golongan yang sangat tidak menyenangi Islam. Di antaranya bekas paderi besar dan pelajar yang belajar khusus mengenai agama Kristian itu sendiri.

Kembalinya mereka kepada agama fitrah ini bukanlah hanya kerana kajian terhadap agama Islam itu semata-mata tetapi ia juga adalah kerana mereka telah membuat beberapa kajian yang mendalam dan menemui beberapa kesilapan dalam agama Kristian itu sendiri. Yang lebih menarik, kebanyakan hujah yang mereka lontarkan adalah berdasarkan kepada kandungan kitab Bible itu sendiri.

Tidak kurang juga, novel ini mengisahkan tentang Isabella yang merupakan anak seorang ketua paderi yang sangat taat beragama. Tapi ia tidak menghalang beliau untuk mencari kebenaran yang berada dihadapan beliau selepas menyaksikan beberapa acara perdebatan yang dijalankan antara Islam dan Kristian. Akhirnya, beliau telah memilih Islam sebagai satu-satunya keyakinan yang menenangkan jiwanya. Selanjutnya beliau telah memperuntukkan hidup dan matinya untuk Islam.

Selepas peristiwa pengIslaman beliau diketahui, banyak dugaan terpaksa dilalui termasuklah berdepan dengan seksaan secara mental dan fizikal, ancaman bunuh dan berdepan dengan kerenah para rahib dan paderi yang terlalu banyak mempercayai perkara-perkara ghaib yang dibuat-buat. Namun, itu bukanlah suatu yang akan menghalang Isabella menyampaikan kebenaran.

“aku kini telah membebaskan diriku daripada semua fikiran yang bukan-bukan. Allah telah menganugerahkan kepadaku nikmat Islam dan Dia juga akan membimbing aku menjalani hari depanku serta tidak akan mensia-siakan niat yang baik. Aku menemui ketenangan yang luar biasa daripada ayat Al-Quran yang mengatakan ‘Barangsiapa yang takut akan Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keselamatan dan akan memberikan kepadanya rezeki dari tempat yang sama sekali tidak disangka-sangkanya’”.

Isabella terus hidup sehingga mencapai usia lapan puluh tahun dan telah menutup mata dalam keadaan yang tenang dan damai. Diratapi oleh seluruh penduduk Sepanyol.

Keistimewaan novel ini, ia turut memuatkan banyak dialog perdebatan perbandingan agama yang menyentuh dari masalah kepercayaan, ketuhanan Jesus, hukum hakam dan sebagainya. Namun, kisah mengenai tatacara kehidupan Isabella sendiri selepas terselamat dari ancaman besar sangat kurang diceritakan. Walau apapun, perjalanan hidup wanita istimewa ini seharusnya diambil sebagai penyuntik semangat kepada para muslimat khususnya dan umat Islam umumnya yang berada di luar sana.

Catatan:
1. Dialog perdebatan diceritakan dengan terperinci
2. Isabella seorang gadis yang cantik
3. Naskhah ini menjadi bestseller di Indonesia
4. Benar kadang-kadang orang yang mendapat hidayah akan menjadi lebih baik daripada orang yang telah lama Muslim

“wajah lembut itu tidak akan menjadi penghalang untuk ‘mereka’ bersikap lemah. Sesungguhnya ketegasan tidak akan mengurangkan keayuan seorang muslimat sedikitpun”
~Kamsar, 17th September 2010, 3:05am~

Tajuk: Isabella
Tebal: 336 mukasurat
Penulis: Maulana Muhammad Saeed Dehlvi
Harga: RM22.00
Kedai: MPH Bookstores SDN BHD Jusco Taman Universiti
Penerbit: Kharisma Network SDN BHD

Friday, September 3, 2010

Problem dan Solusi Kaderisasi


Seperti dalam entri-entri sebelum ini, saya ada membincangkan tentang betapa pentingnya seseorang Muslim itu terlibat dengan gerak kerja dakwah. Betapa perlunya mereka memastikan kemandirian organisasi yang mereka ikuti. Dalam pada mencapai tujuan-tujuan tersebut, pengkaderan adalah salah satu elemen terpenting dalam organisasi. Memang benar jika ada pihak mengatakan bahawa kualiti lebih penting daripada kuantiti. Tapi jika kita meneropong dari satu sudut yang lain, quantity is actually did important. Adakah kita yakin untuk mengatakan bahawa 1 orang berkualiti lebih kuat daripada 20 orang tidak berkualiti? Tidak semestinya. Buku ini menerapkan bahawa quality and quantity is actually 2 different things and have their own importance. So, why not we try our best to get them both?!.

Usrah adalah istilah yang digunakan bagi sekelompok manusia yang mengadakan satu hubungan ukhuwah atas dasar aqidah yang sama. Untuk buku ini, istilah halaqah digunakan instead of halaqah usrah that has been used here. Ia adalah satu forum yang sangat efektif dalam proses kaderisasi dan tarbiyah. Di dalamnya terdapat perbincangan ilmu. Pencetus untuk mencari lebih banyak ilmu.

Buku ini disusun seringkas mungkin oleh penulis dengan menyenaraikan semua perkara yang ingin dibincangkan dalam bentuk nombor tanpa menghuraikannya dengan panjang lebar. Untuk setiap masalah, penulis menyediakan identifikasi umum problem(general identification of problem), indikasi dan gejala (indication and symptoms), latar belakang atau faktor penyebab (background or factor) dan solusi (solution).

“jadilah orang yang berpengetahuan sebelum kalian menjadi pemimpin” ~Umar Al-Khattab

Dalam apa-apa buku yang menyentuh tentang adab berorganisasi atau yang sama jenis dengannya, topik kepemimpinan sering disentuh kerana nadi kepada persatuan tersebut adalah para pemimpin itu sendiri. Lemahnya pemimpin dalam merespon isu, lemahnya mereka dalam mengoptimumkan penggunaan tenaga ahli, malah lemah dalam tarbiyah fardiyah itu sendiri dilihat sebagai salah satu kecacatan yang ada dalam organisasi itu. Buku ini bagaimanapun menyentuh secara keseluruhan masalah sama ada di peringkat qiyadah ataupun jundiyah.

Secara minimumnya, setiap ahli dalam suatu organisasi Islam akan memiliki 2 karakter berbeza termasuk karakter semasa berada di rumah dan semasa bergerak kerja. Perkara ini juga turut menyumbang kepada beberapa permasalahan yang berat kerana ia akan melibatkan fokus dan komitmen ahli itu sendiri. Sikap saling tolong-menolong dan husnuzon antara satu sama lain amat penting untuk mengatasi masalah ini. Setiap anggota perlu bijak membahagikan masa mereka secara optimum supaya tidak akan ada masa yang terbazir dan salah satu penyelesaian yang paling baik adalah mencari calon keluarga yang sefikrah dengan anda.

Setiap kamu adalah pemimpin. Dan yang paling kecil adalah memimpin diri sendiri. Namun, apa yang kita lihat pada hari ini, kebanyakan organisasi akan berlumba-lumba dalam mengejar bilangan ahli yang ramai. Justeru, kita gagal mencetak para pemimpin dari kalangan kader itu sendiri. Buku ini turut membincangkan perihal organisasi yang kurang Berjaya mengkaderkan ahli yang berjiwa pemimpin. Namun, jiwa-jiwa ini turut mempunyai potensi untuk dinaikkan setelah diasah dengan bijak oleh pimpinan yang ada sekarang.


LEMAHNYA TRADISI MEMBACA

Rendahnya tahap kepedulian ahli. Itulah salah satu masalah yang menghalang organisasi daripada terus berkembang. Tidak ada ghairah dan minat untuk membaca di kalangan ikhwah, juga adanya rasa sulit dan berat meneruskan bacaan suatu tema tertentu.

Manurut mereka, membaca buku adalah kurang penting berbanding dengan menyibukkan diri untuk beribadah kepada Allah dan berjuang menentang musuh-musuh Islam.

Dari buku ini, terdapat 9 solusi yang digariskan dengan harapan dapat menjadi panduan kearah menyelesaikan masalah ini.

1. Mendorong anak gemar membaca sejak dini
2. Banyak menciptakan iklim yang ilmiah
3. Menciptakan iklim yang memungkinkannya berdiskusi dan bertukar fikiran untuk menjadi pendorong di saat merasa lemah dalam wawasan keilmuan
4. Mengatur waktu dengan baik
5. Bervariasi dalam membaca buku
6. Perlu diselenggarakan penyuluhan akan pentingnya membaca
7. Mengawali untuk membaca buku yang mudah difahami
8. Lebih baik membaca sedikit tetapi terus-menerus dibandingkan membaca banyak tetapi hanya sekali waktu
9. Upayakan untuk menuliskan inti sari yang dibaca, sebab hal itu berpengaruh positif pada dorongan gemar membaca dan bersabar untuknya.


Catatan:
1. Nombor 9 aku buat dalam blog ni.
2. Isi dalam buku ini hanyalah sekadar cetusan minda. Bukan template untuk menyelesaikan masalah.
3. Orang aktif berorganisasi akan suka buku ini
4. Seperti biasa, bahasa Indonesia..sakit dalam pemahaman
5. Walaupun tajuk dia tentang kaderisasi, tapi ia tidak membincangkan skop pengkaderan semata-mata.

“Problem will always be there no matter what you do. But, the real problem is you do nothing to deal with that problem!”
~Kamsar, 4th September 2010, 5:12am~


Tajuk: Problem & solusi kaderisasi
Tebal: 200 mukasurat
Penulis: Abdul Hamid Al-Bilali
Harga: Tidak pasti
Kedai: Dewan Sultan Iskandar semasa konsert amal Nazrey
Penerbit: Dar Ad-Da’wah