.::Kelab Intelek Islam::.

Sunday, October 17, 2010

Jangan Serik!

Salam..

“Jangan serik untuk ditarbiyyah. Kerana ilmu itu cahaya!”
Awas!!..entri ini adalah lain daripada yang lain. Berbeza target. Lain mad’u. Jika entri lain agak ringan dan ringkas, tapi entri ini agak serius (kurang tulis “haha”). Mungkin ia juga agak panjang bagi seorang pemalas macam saya. Jika anda rasa bosan, rasa bebas (fell free) untuk pergi ke laman lain yang boleh didapati di sebelah kanan blog ini.


Pemimpin
Pemimpin adalah orang yang memimpin. Pimpinan adalah orang yang menjadi pemimpin. Itu adalah jawapan malas untuk persoalan kepimpinan. Tak perlu untuk diulas panjang kerana perkataan berat ini boleh ditafsirkan mengikut selera individu masing-masing. Anda juga boleh merujuk buku jalan da’wah antara qiyadah dan jundiyyah, quantum tarbiyyah mencetak kader serba bisa, golongan yang tercicir di jalan dakwah dan sebagainya.


Apa yang penting, bagi orang yang telah ditakdirkan menjadi pemimpin bakal berdepan dengan banyak situasi yang memaksanya untuk membuat keputusan (ijtihad lapangan). Bercakap tentang keputusan, istikharah menjadi perlu! (sila fahami konsep solat istikharah). Satu lagi ibadah tambahan untuk anda.


Di samping itu (chee..), pemimpin juga akan menjadi audio visual kepada beratus-ratus mata yang berada di sekeliling anda. Khalayak akan menilai siapa anda. Anda akan dinilai dari segenap sudut sehinggalah ke tahap ahli bawahan akan menilai sama ada anda layak untuk menjadi pemimpin ataupun tidak. Naaa.. ada beran? Satu pengakuan, kalau anda melihat pengerusi kelab, presiden persatuan atau MPM tidur, anda juga akan menilainya. Setuju atau tidak, terpulang kepada anda. Tepuk dahi tanya akal.


Satu contoh mudah, presiden mahasiswa kelab makanan ringan meletakkan link video Siti Nurhaliza menyanyikan lagi Cindai atau Linkin Park menyanyikan lagu Point of Authority dalam Facebook dan Presiden Islamic Intellctual Club meletakkan link Farmville dalam facebook. Mana orang akan lihat sebagai sesuatu yang tidak patut?


Dari segi amanah, ciri-ciri pemimpin yang baik, tanggungjawab seorang pemimpin dan sebagainya tidak dapat disertakan di sini. Boleh cari di tempat lain. Kalau boleh la..



Muhasabah automatik: satu kajian
Bercakap mengenai kajian, r
amai ahli persatuan terus mengikat minda mereka kepada literature survey, methodology, problem statement dan sebagainya. Bagi saya, itu adalah PSM. Ia memang suatu yang penting dalam kajian. Tapi jika seseorang itu terlalu terikat dengannya, mereka akan takut untuk membuat kajian. Jika mereka cukup berani, mereka akan menggunakan masa yang banyak untuk itu.


Saya suka membuat kajian (satu statement). Kerana saya seorang yang penyibuk. Tapi saya adalah pemalas (tak lah teruk sangat). Apa yang saya buat, saya akan membuat kajian yang paling mudah untuk dijalankan. Tiada borang kaji selidik, pakai sms pun boleh. Tiada responden yang sudi, jadikan mereka responden dalam keadaan yang mereka tak sedari. Arasso?.. wakarimasta!


Dipendekkan cerita, saya telah menjalankan satu kajian sejak tiga bulan lepas sehingga sekarang. Ya! Sekarang. Yang seronoknya, hanya saya yang tahu tentang hal ini sehinggalah anda membaca tentangnya di sini. Saya ada tiga responden lelaki. Mereka mempunyai sifat yang berlainan. Jenis hubungan mereka dengan saya juga berlainan. Dan yang penting, mereka tak tahu bahawa mereka adalah responden.

Dalam jangka masa itu, saya sempat bertanya kepada beberapa orang sahabat yang lain. Yang berbunyi:
“contoh lah kalau satu hari, kau terserempak dengan sahabat kita sorang ni, kau nampak dia, dia nampak kau. Tapi dia terus blah. Tak tegur kau. Amacam?”
Dia jawab, “mungkin dia sibuk kot. Ala.. macam tak baisa. Mungkin jugak dia tak nampak aku”
Aku kata, “waaa..bagus jugak kau ini (sleng sabah). Sangka baik 24 jam!. Tapi kalau kau panggil dia, dia menoleh, tengok kau, kau tanya kabar, dia terus blah macam kau tak ada di situ. Amacam?”
Dia jawab, “mungkin dia ada masalah kot. Mungkin masalah dengan aku. Aku kena muhasabah lah. Mungkin aku ada buat salah dengan dia. Pandai-pandai lah dekati balik dia. Bincang baik-baik.”
Jawapan yang bagus bukan?. Memang lah bagus. Aku dah edit!. Wkwkwk..


Kajian pun diteruskan.. saya cuba untuk berlakon seperti di atas sepanjang masa ini untuk melihat apa reaksi mereka. Hasilnya? Amat mengejutkan. Ianya hampir sama dengan jawapan di atas. Tentang muhasabah, saya tidak pasti sebab ia adalah amalan individu. Tapi mereka semakin berubah. Semakin peka dan semakin cuba mendekati. Bukti? Ia tidak dapat dibuktikan kerana ini adalah satu kajian yang tidak formal.


Apa tujuan kajian ini? Mudah sahaja. Untuk memberitahu ‘semua’ tentang perasaan seseorang yang cuba untuk mendekati, menolong dan bergerak bersama-sama tapi tidak dipedulikan. “bantu saya untuk menolong anda”. Tidak jarang saya tekankan ayat ini. Tapi ada yang melihatnya sebagai satu tekanan. Terpulang kepada anda bagaimana anda mentafsirkan perenggan ini. Semua orang ada pendapat sendiri. Saya menghormati pendapat anda sehinggalah saya mendapati bahawa pendapat itu adalah tidak benar.

buhasabah bukan hanya tentang menangis!

Aku terbeban!
So what??..(Tamin, 2010). Jika jalan ini pendek dan mudah, mereka akan mengikutimu dengan berbondong-bondong. Tapi jalan yang benar ini tidak begitu. Dalil boleh cari.. memilih untuk terlibat dalam persatuan bermakna memilih untuk dibebani. Jika ingin bersenang lenang, ini bukan tempatnya. Ada yang ingin belajar, okay. Ada yang ingin memperbaiki diri, bahek lah!. Ada yang ingin mencari pasangan, OMG!. Tapi anda harus ingat bahawa tenaga dan masa anda diperlukan untuk kemandirian organisasi yang anda ikuti.


As-Syahid Imam Hassan Al-Banna menggariskan 10 rukun baiah untuk rujukan jundiyyah. Faham adalah salah satunya. Ini bermakna, tidak ada mempersoalkan bagi apa-apa arahan yang diberikan melainkan ianya memang satu kesilapan. Namun, organisasi yang ada sekarang tidaklah seampuh ikhwanul muslimin di Mesir. Tidak sesempurna pentadbiran Rasulullah. Tapi menujunya adalah salah satu matlamat yang harus dikejar.


Tapi ini bukanlah hujah untuk pimpinan melalaikan tanggungjawab menjaga kebajikan ahli persatuan. Fathi Yakan dalam bukunya golongan yang tercicir menggariskan salah satu sebab seseorang ahli keluar dari jalannya adalah pembahagian tenaga ahli yang tidak seimbang dan meletakkan mereka pada tempat yang salah. Oleh itu, bagi memastikan kemandirian gerak kerja Islam terus memecut, adalah penting bagi ahlinya bergerak kerja dengan gembira. Caranya? Letakkan mereka pada kedudukan yang mereka sukai. Kalau Tiada? Ada lah! Apa pulak tiada..



Engkau bodoh!!
Kau bodoh! Bangang! Tak tahu apa-apa. Panas tak? Kalau panas, kau nak buat apa? Nak balas balik “aku pandai lah wei!”. Berkata Luqmanul Hakim, “seorang ilmuan akan terus menjadi ilmuan selama mana dia terus menuntut. Apabila dia berkata aku sudah pandai, maka dengan sendirinya dia telah menjadi bodoh”. Jadi, apa status kita? Kalau kata ya, kita mengaku bahawa kita bodoh. Kalau kata tidak, bermakna kita mengaku pandai dan Luqman Hakim kata, orang macam ni bodoh. Kwang..kwang..kwang.. ini bermakna, kita memang bodoh!. Hanya Allah yang maha mulia dan Maha mengetahui. Sungguh jauh manusia dari sifat kecukupan ilmu.


Masih ada lagi orang bertanya, “so, what is the purpose of learning and become a learner?”. Saya jawab, “to find the answer of your question!”. Maknanya, aku pun tak tahu. Jom pakat ramai-ramai mencari jawapan. Ada banyak teka teki di sekeliling kita dan jawapannya pun berada di situ.

Pernah sekali saya berkata kepada seorang rakan, “hari ni macam nak hujan lah”. Dia terus potong ayat aku yang dah habis tu, “weh! Mana boleh cakap macam tu! Ustaz aku kata, ayat tu boleh buat orang jadi syirik. Sebab kau telah meramal sesuatu yang belum berlaku”. Aku masa tu terus percaya dan senyap. Syirik beb!. Mana tahan. Tapi kalau dia cakap macam tu sekarang, aku akan gelak terguling-guling. Kenapa? Haa..


Tahukah anda, terdapat sebanyak 49 kali perkataan fikir diletakkan dalam Al-Quran (kalau tidak silap lah). Kenapa sebelum hujan perlu mendung?. Dengan melihat kepada kecerahan langit, halaju angin, kelembapan udara dan sebagainya, kita dapat mengagak bahawa hujan akan turun. Bukankah ini salah satu kelebihan “fikir”?. Bak kata orang utara, akkai adaka?. Sebagai manusia, mestilah ada. Tapi pakai ka? Wallahu alam. Nak pakai, kena belajar. Itulah kesimpulannya.



Jangan serik dengan tarbiyyah kerana ilmu itu cahaya
Ekslusif! Itulah salah satu komen kotor yang dilemparkan kepada setiap organisasi Islam yang saya kenal. Sebut persatuan Islam, khalayak akan membayangkan kelompok yang berkopiah, sepertiga masa berada di masjid dan muka ketat (serius). Dan mereka juga hanya berkawan dengan kawan-kawan yang sethiqah mereka.


Ada juga pendapat lain yang agak menarik. Orang panggil golongan “huha huha” (kalau tak tahu apa ni, tanya). Mereka juga terpilih untuk berada dalam perjalanan Islam. Tapi mereka berpendapat bahawa itu adalah sifat semulajadi mereka dan tidak dapat diubah. Na.. anda berada di mana? Saya berada di perenggan kedua ini. Tapi tahukah anda, anda juga mampu berubah. Sila rujuk buku “apa ertinya saya menganut Islam” pada bab dalam menceritakan tentang mengawal diri (perkh!). ada orang kata, “jadilah diri sendiri.. jangan jadi hipokrit!”. Saya jawab, diri saya yang sebenar adalah jahat tahu tak?. Kalau saya jadi diri sendiri tadi, aku dah belasah ko tadi..haha.


Tarbiyah ada beberapa kata kunci yang penting. Pembelajaran, berterusan, berubah. Ayat lengkap boleh cari sendiri. Ketiga-tiga kata kunci ini boleh ditafsirkan sendiri...

Ending
Memandangkan entri ini sudah menjadi terlalu panjang untuk penulis malas seperti aku, maka penutupnya adalah disini. Wassalam. (wkwkwk..ending paling best pernah aku buat)


~ada soalan? Im always by your side!, kamsar, 18 oktober 2010, 2.24am

Catatan:
1) Pimpinan adalah satu amanah
2) Untuk menjadi pemimpin, anda perlukan sokongan kerana anda tidak boleh mengangkat diri sendiri
3) Untuk mendapatkan sokongan, anda perlukan kepercayaan
4) Untuk mendapatkan kepercayaan, anda perlukan ILMU!
5) Aku letih! Tapi aku tidak akan berhenti kerana ini bukan destinasi aku
6) Mintak maaf atas segala salah dan silap
7) Semoga maju jaya

Ps: ini adalah pendapat peribadi saya. Anda boleh mengomennya. Kalau nak kutuk pun boleh tapi jangan guna anynomous. Sms pun boleh. Email pun boleh. amsyal_thelegend88@yahoo.com

0 comments: