.::Kelab Intelek Islam::.

Sunday, October 24, 2010

Sifat 20

“Kearah memahami aqidah ahli sunnah wal-jamaah”

Sejarah/sirah menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah menjalankan tugas dakwah kepada umatnya selama 23 tahun. 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Sepanjang perjuangan di Mekah, ajaran yang dibawa oleh baginda lebih menjurus kepada kefahaman para sahabat tentang konsep Tauhid dan pengabdian kepada Allah SWT. Hanya apabila setelah berhijrah ke Madinah barulah ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan banyak tentang hukum-hakam dan sebagainya.

Bagaimana Rasulullah dapat membentuk satu ketumbukan besar di dunia Arab pada masa tersebut?. Para sejarawan Islam dan Barat mengakui kepimpinan yang ditunjukkan oleh sosok tubuh yang bernama Muhammad bin Abdullah ini. Menyatukan orang jahiliyyah di Mekah yang hidup berpuak-puak dan sering berperang walaupun hanya perkara kecil, menyatukan puak A’uz dan Khazraj di Madinah, dan mempersaudarakan mereka semua daripada Muhajirin dan Ansar menjadi satu keluarga besar yang dipanggil umat Islam.

Apa rahsia Muhammad Rasulullah dalam mendidik para sahabat sehingga keyakinan mereka sangat tinggi terhadap apa yang baginda sampaikan?. Tahap optimisme mereka cukup besar sehingga mempercayai bahawa Islam akan menundukkan dua tamadun besar Rom dan Parsi semasa mereka sedang berpenat lelah menggali parit bagi melindungi Madinah daripada serangan Kuffar.

Panjang lah pulak..

Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari Kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(Baqarah: 62)

Buku sifat 20 ini menerangkan tentang 50 sifat. 20 sifat wajib bagi Allah, 20 sifat mustahil bagi Allah, satu sifat harus bagi Allah, 4 sifat wajib bagi Rasul, 4 sifat mustahil bagi Rasul, dan satu sifat harus bagi Rasul. Semuanya diterangkan dengan baik oleh penyusun.

Catatan:
1) Tauhid adalah ilmu yang membicarakan soal-soal kepercayaan dalam agama Islam
2) Buku ini dimulakan dengan pengenalan kepada tokoh Abu Hassan Al-Asyari r.a
3) Buku ini sangat baik untuk dibaca. Tapi berguru adalah jauh lebih baik!
4) Hukum belajar tauhid adalah wajib ‘Aini
5) Buku ini membincangkan banyak lagi topik selain sifat 20

~jangan bercakap pasal syurga jika pemiliknya pun kamu tidak kenal!!~ntah sapa(tak ingat), 24 oktober 2010, 10.51pm

Tajuk: Sifat 20: kearah memahami aqidah ahli sunnah wal-jamaah
Tebal: 140 mukasurat
Penyusun: Noraine Abu
Harga: RM8.10
Kedai: Badan Cemerlang, Angsana
Penerbit: Pustaka Ilmi

0 comments: