.::Kelab Intelek Islam::.

Sunday, January 16, 2011

Gerakan Freemasonry : musuh dalam menghancurkan Islam


Teori konspirasi merupakan satu teori yang banyak diperkatakan di seluruh dunia kini. Ada yang gemar membincangkan tentang kewujudan makhluk asing, UFO (unidentified flying object), pengembaraan di bulan, time travel dan sebagainya.

Freemasonry merupakan sebuah gerakan rahsia yang dipelopori oleh orang Yahudi yang ingin mengambil tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa. Mereka bergerak secara rahsia. Mempunyai organisasi dan perancanan yang rahsia. Dan mempunyai rahsia di dalam rahsia pada peringkat atas pertubuhan ini.

Ia dilihat sebagai sebuah gerakan yang amat behaya terutama sekali kepada umat Islam memandangkan gerakan mereka kini sudah tersebar ke seluruh dunia melalui medium yang tidak sedikit. Bermula daripada television, makanan sehinggalah pertubuhan Illuminati, segala peluang yang ada dan dimiliki digunakan dengan bijak semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.

Seorang ahli Freemasonry berbangsa Arab berkata, “sesungguhnya semua agama itu adalah sama sahaja dan merupakan ajaran-ajaran moral yang ada kalanya bertentnagan dengan moralnya sendiri. Suatu kepercayaan kadang-kala dapat memecahbelahkan bangsa sendiri ataupun keluarga sendiri sehingga kesejahteraan hilang begitu sahaja. Maka menjadi kewajipan ke atas seseorang anggota freemasonry untuk berfikir tentang diri mereka dan membebaskan diri dari kekangan agama tersebut…

Buku ini mendedahkan serba sedikit berkaitan dengan gerakan ini dan apa yang biasa mereka lakukan pada masa kini. Tidak ketinggalan, buku ini juga menjelaskan tentang peranan Freemasonry dalam keruntuhan sistem Khilafah Islamiyyah.

Penutup
Oleh itu, setiap umat Islam mesti sedar tentang hakikat yang sedang kita hadapi sekarang berdasarkan kepada fakta-fakta yang dapat diberikan. Tidak dinafikan, terdapat umat Islam yang berpendirian bahawa teori ini adalah teori bodoh dan mereka menyeru umat Islam supaya menjalani hidup ini dengan memandang ke belakang dan ke bawah (sirah dan mati) supaya tidak leka dalam beribadat kepada Allah swt. Dan pendapat sebegini juga patut dihormati. Wlm

Kenapa saya perlu berehat sedangkan kejahatan di luar sana tidak pernah tidur?
~kamsar, 17 januari 2011, 12.45pm

Catatan:
1) Rupanya ramai juga Yahudi yang tidak suka dengan tanah ‘suci’ mereka
2) Mereka sudah tahu sumber kekuatan umat Islam
3) Buku ini tebal kerana helaiannya daripada kertas yang tebal.
4) Buku kempen kenali musuh-musuh Islam


Tajuk: Gerakan Freemasonry – musuh dalam menghancurkan Islam
Tebal: 213 mukasurat
Penulis: Hj. Nik Azran Muhamed & Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa
Harga: RM32.30
Kedai: Badan Cemerlang, Angsana Johor Bharu
Penerbit: Hijjaz Records Publishing

Sunday, January 9, 2011

Jangan pernah lupakan dua insan ini


“Ma, balik nanti nak guna keta abah ae. kata Zara (bukan nama sebenar).
Nak g ,mana?emak bertanya dengan hambar. Sudah masak dengan perangai anaknya, bila cuti ada agenda yang tersendiri.
Keesokan paginya, abah sudah bersedia memeriksa keadaan kereta, memastikan minyak penuh dan terus parking di depan rumah.
Situasi di atas mungkin sering berlaku pada sahabat-sahabat yang giat berkecimpung dalam bidang dakwah, sesekali pulang ke kampung aktif pula dengan liqa’anak negeri dan sebagainya. Keadaan ini telah melimitkan masa shbt2 bersama keluarga terutama mak ayah. Saya sentiasa memerhatikan sahabat2 yang lincah berorganisasi dalam sahsiah, ligat dalam dakwah, aktivis2 mahasiswa yang hebat memperjuangkan islam di pentas kampus dan sebagainya. Namun, saya yakin dan pasti di sebalik kehebatan mereka pasti ada 2 insan ini yang paling dan lebih hebat berjasa dan menjadi tulang belakang serta pencetus pada perjuangan mereka.


Sekadar perkongsian buat sahabat2, buat peringatan untuk diri saya juga. Di mana kita berada, di mana kita melangkah dan apa jua yang kita perjuangkan , jangan pernah kita melupakan dua insan ini yang telah menjadi tulang belakang kita untuk terus kita menjadi insan yang hebat dan berjaya.
Saya yakin, ada ibu bapa mereka yang memahami tentang pejuangan dakwah anak-anak mereka di kampus dan ada yang sebaliknya. Namun , yang pasti tanpa mereka, siapalah kita. Meraka adalah sendi kekuatan kita untuk kita terus berjuang dalam bidang dakwah ini. Hanya kita yangn tahu, apa yang kita perjuangkan. Ketika semua org tidak memahami kita, ibu bapalah yang paling rapat kita luahkan segala isi masalah yang kita alami.
Ingatlah, sahabat2..siapa kita hari ini, sebenarnya ada dua insan mulia yang telah menjadi tulang belakang kejayaan kita. Berusahalah untuk menjadi sesoleh atau sesolehah yang boleh untuk meraih redhaNya. Redha Allah terletak pd redhaibu bapa. Kita mungkin tidak mampu unutk membalas segala jasa yang telah mereka curahkan, namun kita dapat unutk bebakti kepada mereka.
Jangan sesekali lupakan 2 insan ini!!!