.::Kelab Intelek Islam::.

Sunday, June 27, 2010

TUHAN MANUSIA



Tuhan manusia. Buku kedua Faisal Tehrani yang aku baca dan yang kedua aku telah jatuh cinta. Bukan hanya kerana jalan cerita yang cukup menarik bahkan susunan ayat yang menarik memudahkan pembaca untuk menghayati jalan cerita seolah-olah tergambar dihadapan mata. Tapi itu bukan faktor utama kenapa ia merupakan salah satu buku yang mesti dimiliki oleh setiap muslim. Isu yang cukup besar telah dibincangkan dalam buku ini…
Photobucket

Andai kota itu peradaban, rumah mereka adalah budaya, dan menurut ibu mereka, tiang serinya adalah agama. Sejak abangnya murtad, Ali Taqi telah menjadi seorang remaja yang berada lebih hadapan daripada kawan-kawannya yang lain dari segi keintelektualan dan kematangan dalam rangka memahami kemurtadan abangnya yang menjadi mangsa pemikiran cara barat yang hodoh. Pluralism adalah salah satu serangan pemikiran yang melanda umat Islam pada masa kini yang sepatutnya menjadi salah satu tajuk prioriti dalam agenda dakwah dan saling memperingatkan antara satu sama lain.
Photobucket

Ilmu takkan diperolehi hanya dengan belajar kerana ilmu itu ialah sinar petunjuk, untuk mendapatkan ilmu haruslah terlebih dahulu memahami hakikat ubudiyyah. Seorang ayah yang sentiasa memastikan anaknya tidak kekeringan dari segi ilmu sangat menyayangi Ali Taqi. Kehilangan anak sulungnya telah digantikan dengan masuknya kawan karib Ali Taqi kedalam Islam.
Photobucket

Novel karangan Faisal ini merupakan satu jalan cerita yang agak pendek namun padat dengan maklumat yang tidak seharusnya diabaikan oleh para daie. Dengan teknik imbas kembali yang tersusun, penulis Berjaya menjadikan ia sebuah novel yang dapat membuka panorama pemikiran pembaca dalam mencari kebenaran antara hakikat ketuhanan yang sebenar dan kebatilan.
Photobucket

Catatan:
- Novel ini agak berat dengan fakta dan maklumat. Jadi, jangan hanya menganggap ini sebagai sebuah novel tapi sebagai bahan ilmiah
- Saya agak kurang puas hati dengan penutup cerita novel ni..huhu..