.::Kelab Intelek Islam::.

Friday, February 5, 2010

AKU, BUKU DAN CINTA


AKU

Siapa aku?. Aku adalah seorang hamba Allah yang jahil. Dahagakan ilmu kurniaan Allah. ..
Aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain demi menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak. Aku rela tidak makan roti dan hanya makan manisan dengan secawan air, kerana jika aku makan roti, maka banyaklah masaku yang terbuang.
~Ibn ‘Aqil~


BUKU

Buku adalah teman yang baik, khadam yang jujur, tidak kenal dosa dan tidak mempunyai cela. Apabila anda mendekat diri kepadanya, ia takkan pergi menjauh. Bila anda menjauhkan diri daripadanya, ia pun tidak akan melupakan anda. Bila anda akrab dengannya, ia takkan menjemukan. Bila anda meninggalkannya, ia takkan berbuat khianat. Bila anda mengajaknya berbicara, ia akan mendengarnya. Bila anda meminta kepadanya, ia akan member. Bila anda merasa berat, ia akan membuat anda merasa ringan. Bila anda memanggilnya, ia pasti akan datang. Dan bila anda meminta maaf kepadanya, ia akan maafkan.
~Dr.’Aidh~

CINTA

Sekalipun cinta telah kuhuraikan, dan kujelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri. Meskipun lidahku telah mampu menghuraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang. Sementara pena, begitu tergesa-gesa menuliskannya. Kata-kata pecah dapat mengungkapnya, begitu sampai kepada cinta. Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya. Bagaikan keldai berbaring di dalam lumpur. Cinta sajalah yang menerangkan cinta dan bercinta.
~*ana~


Aku, buku, dan cinta menuliskan tentang percintaan makhluk bergelar manusia dengan ilmu kurniaan Allah. Sebuah buku yang padat dengan kata-kata mutiara pembangun jiwa untuk lebih bersemangat menuntut ilmu terutama sekali melali pembacaan.

Ia dimulakan dengan sebuah cerita sang pencinta ilmu, kenikmatan membaca dan menuntut ilmu, pembaca telah disuntik jiwanya untuk terus membaca dan membaca. Tidak sampai di situ sahaja, di pertengahan buku, penulis telah berkongsikan banyak cerita mengenai para pencinta ilmu dan kegigihan mereka.

Manakala di akhir buku pula, penulis telah membahaskan beberapa kitab yang terkenal termasuk kritikan membina terhadap kitab-kitab tersebut.

~diharapkan daripada buku ini kita dapat memetik sebanyak mungkin mutiara pembakar jiwa untuk terus mengharungi samudera keilmuan demi menuju ke destinasi mardatillah~

Penulis:
Kamsar Bin Muhamad Bahron
3-SMM Kejuruteraan Mekanikal (Mekanikal)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Lagenda Pejuang Islam

0 comments: