.::Kelab Intelek Islam::.

Friday, August 20, 2010

Mencipta Kecemerlangan Diri


“hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka UTM berusaha secara menyeluruh dan bersepadu memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat sesuai dengan kehendak-Nya”

“Diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia”


Buku mencipta kecemerlangan diri karangan Professor Dr. Mohd Tajudin Haji Ninggal merupakan sebuah karya yang ditujukan khas untuk mahasiswa baru UTM 2010/2011 bersempena dengan Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) baru-baru ini. Falsafah UTM jelas menunjukkan bahawa kecemerlangan merupakan satu elemen yang sangat penting untuk memastikan UTM mencapai visi menjadi pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia.

‘Nasihat’ murni TNC ini menunjukkan betapa beliau mengingini mahasiswa agar menjadikan UTM sebagai lapangan menuju ke arah kecemerlangan terutama sekali dari segi sahsiah dan keintelektualan. Bab Menuntut Ilmu dalam buku ini diletakkan pada bahagian akhir sekali sebelum penutup yang mana menunjukkan perlunya seseorang itu melakukan transformasi dalaman terlebih dahulu sebelum menuju ke peringkat yang wajib setiap mahasiswa lakukan iaitu menuntut ilmu dan mencapai kejayaan.

Senario masa kini merekodkan betapa perlunya pencapaian kemajuan teknologi maklumat, sosial, budaya, rohani dan intelek secara bersepadu dalam rangka menuju transformasi mahasiswa. Lantaran itu, perlunya universiti memainkan peranan untuk menyediakan sumber manusia yang kompetan dan berpengetahuan tinggi. Tapi itu bukannya syarat utama kecemerlangan melainkan ianya datang dari dalam diri individu itu sendiri.

“dasar pembangunan mahasiswa UTM adalah satu usaha bersepadu dan konsisten ke arah pembentukan mahasiswa berkualiti dan berwawasan berasaskan kepada keseimbangan dan keharmonian dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah ke arah melahirkan graduan holistik yang boleh menyumbang ke arah kemajuan dan kelestarian masyarakat tempatan dan antarabangsa”

MENUNTUT ILMU
1. Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim (Riwayat Ibn Majah)
2. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan. Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (A-Alaq,96: 1-5)
3. Pihak Universiti membangunkan UTM Reading station (UTMRS) untuk menyemarakkan dan menggalakkan budaya membaca
4. UTMRS mempunyai 6 objektif pembangunan
5. Terdapat 24 UTMRS di UTM Skudai dan 5 UTMRS di UTMKL.
6. “dan katakanlah: Ya Allah tambahkanlah ilmuku” (Taha: 114)

Catatan:
1. Buku ini lebih banyak menyentuh tentang agenda pembangunan mahasiswa
2. Buku ini untuk MENCIPTA kecemerlangan diri. Bukan MEMBINA kecemerlangan diri
3. Ramai ‘murid’ yang tidak berminat untuk cemerlang membuang buku ini merata-rata semasa ia diberikan secara percuma. Thanks to them, I got one!.
4. Kalau buku ni gunakan tulisan yang lebih kecil, kurangkan gambar dan gunakan ruang mukasurat sebaiknya, ia akan menjadi lebih nipis.
5. Editor buku ini, En. Zubil Bahak adalah pensyarah saya. Fluid mechanics.

Tajuk: Mencipta Kecemerlangan Diri
Tebal: 80 mukasurat
Penulis: Profesor Dr. Mohd Tajudin Haji Ninggal
Harga: FREE
Kedai: UTM
Penerbit: Penerbit UTM Press

0 comments: