
Seminar Cendekia IIC (SCiiC) sekali lagi diadakan di dewan seminar KRP pada 21hb Mac 2010. tajuk yang dibincangkan amat menarik sebagai mahasiswa yang bakal mewarisi kepimpinan masa depan dunia. SERANGAN PEMIKIRAN MASA KINI membincangkan tentang ghuzul fiqr yang sedang menyerang umat Islam di seluruh dunia.
Mengimbau kembali sorotan sejarah, kita dapat melihat pelbagai cubaan yang dilakukan oleh kaum KUFFAR untuk menjatuhkan Islam. Namun, agama Allah ini sentiasa mendapat pertolongan daripadaNya. Berbeza dengan kaum kafir yang berperang hanya untuk mendapat kemenangan dan kebanggaan, umat Islam turun ke medan JIHAD adalah untuk mendapatkan Syahid di jalan Allah. Kesabaran dan Keikhlasan mereka menjadi pemangkin kepada perjuangan generasi penerus kepada gerakan suci ini.
Saturday, March 27, 2010
Seminar Cendekia IIC - 3
Posted by Lagenda at 3:30 AM 0 comments
Friday, March 12, 2010
Ketika Cinta Berbuah Syurga
Bismillahirrahmanirrahim..
Salam
Sesungguhnya Allah menurunkan Al-Quran dengan aneka cerita yang baik tidak lain tidak bukan adalah untuk menjadi iktibar dan pengajaran kepada sekalian manusia. Maka beruntunglah bagi sesiapa yang menjadikannya sebagai contoh dalam kehidupan seharian. Dengan diutusnya junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai menyempurna akhlak yang mulia juga menyajikan kita dengan banyak cerita pahit dan manis perjuangan. Tapi, bukan pahit manis itu yang menjadi persoalan tapi dimana kita mendapat pengalaman itu dan bagaimana kita menghadapinya itu yang lebih utama.
Sekali pandang, buku kecil berwarna merah jambu karangan penulis terkenal Indonesia Habiburrahman El Shirazi tidak jauh berbeza dengan novel cinta AAC dan KCB. Tapi, setelah membacanya ternyata buku kecil KCBS ini menyajikan kita dengan pelbagai aneka cerita berpengajaran yang dipetik daripada Hadis, kisah-kisah zaman sahabat, zaman tabi’in dn kisah tauladan dunia Islam. Jadi, menjadi satu kemestian kepada sesiapa sahaja yang hidup dalam arena dakwah pada masa kini untuk mendapatkan buku ini.
Ketika cinta berbuah syurga hanyalah salah satu tajuk yang terdapat dalam buku ini.
“anakku, sudah sampai saatnya kau mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka. Teman baik yang membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh kau ajak bercinta untuk syurga.”
Said tersentak mendengar kata-kata ayahnya.
“apa maksud ayah dengan teman yang boleh diajak bercinta untuk syurga?” tanyanya dengan nada ingin tahu.
“dia adalah teman sejati yang benar-benar mahu bersama denganmu bukan kerana darjatmu tetapi kerana kemurnian cinta itu sendiri, yang tercipta dari keikhlasan hati. Dia mencintaimu kerana Allah. Dengan dasar itu, kau pun boleh mencintainya dengan penuh keikhlasan kerana Allah. Kekuatan cinta kalian akan melahirkan kekuatan dasyat yang membawa manfaat dan kebaikan. Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa kamu masuk syurga.”
TAJUK: Ketika Cinta Berbuah Syurga
PENULIS: Habiburrahman El Shirazy
TEBAL: 149 mukasurat
HARGA: RM11.90
BELI: Kinokuniya KLCC
Posted by Lagenda at 3:33 PM 0 comments
Friday, March 5, 2010
Bidayatul Hidayah
Buku Bidayatul Hidayah karangan Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali atau Imam Al-Ghazali ini merupakan sebuah kitab yang menceritakan tentang panduan amalan harian yang banyak menyentuh tentang adab. Ia telah diterjemahkan semula oleh Abu Ali Al-Banjari An Nadwi atau lebih dikenali sebagai Ahmad Fahmi Zamzam.
Di permulaan buku ini, penulis mengingatkan para pembaca tentang salah satu kaedah Islam iaitu:
Hidayah adalah satu buah daripada ilmu dan hidayah itu terbahagi kepada permulaan (bidayah) dan kesudahan (nihayah). Oleh itu, bagi mencapai nihayatul hidayah, maka hendaklah kita menyelami zahir hidayah itu terlebih dahulu iaitu bidayatul hidayah.
Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Bahagian pertama menceritakan tentang adab-adab melaksanakan ketaatan bermula dari bangun dari tidur sehinggalah kita tidur semula pada malam harinya. Ia juga menceritakan dari sekecil-kecil perkara seperti adab masuk tandas dan cara membuang air sehinggalah adab-adab dalam berpuasa dan sebagainya. Bab ini dapat dijadikan panduan untuk amalan seharian oleh sesiapa sahaja termasuklah orang yang bekerja, pencari ilmu dan semua peringkat umur. Maka, harapan penulis di hujung bab paling panjang ini adalah agar para pembaca dapat meneruskan pembacaan di dalam kitab besar beliau, Ihya ulumuddin kerana kitab ini tidak menceritakan berkaitan dengan bab-bab dalam melaksanakan ibadah haji dan zakat.
Bahagian kedua buku ini pula menceritakan tentang cara-cara meniggalkan maksiat termasuklah maksiat zahir (anggota badan) dan maksiat batin (hati). Meninggalkan maksiat zahir adalah termasuk menjaga mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, dua tangan dan dua kaki. Fasal ini menunjukkan pembaca betapa banyaknya maksiat yang kita lakukan dalam kehidupan seharian tanpa disedari kerana ternyata syaitan telah Berjaya membuatkan kita melakukan maksiat yang telah diselaputi dengan keindahan sehingga kita menyangka bahawa apa yang kita lakukan itu adalah satu perbuatan yang baik. Manakala fasal kedua pula menceritakan tentang cara-cara meninggalkan sifat hasad, riak dan ujub. Sifat-sifat ini adalah sifat yang amat berbahaya sekali kerana ia adalah maksiat yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata sehingga dikhuatiri akan menjerumuskan diri kita ke arah mensyirikkan Allah SWT. Nauzubillah.
Manakala bahagian ketiga pula menceritakan tentang adab-adab pergaulan dan persahabatan dengan khaliq dan dengan makhluk. Adab dengan makhluk pula dibahagikan kepada adab dengan guru, murid, ibu bapa dan seluruh manusia. Kesemuanya dapat dikelaskan kepada tiga iaitu orang yang tak dikenali, orang yang dikenali (tetapi bukan sahabat) dan dengan sahabat. Dengan mempelajari adab-adab pergaulan ini, diharapkan agar kita dapat menjadi roll model kepada orang lain di samping menjalankan tanggungjawab sebagai seorang dai’e.
CARA MEMILIH SAHABAT
1) Orang yang berakal
Berkata Saidina Ali KWH:
Berapa banyak orang yang jahil yang telah membinasakan orang alim ketika ia bersahabat dengannnya.
Seseorang itu dinilai mengikut tingkatan sahabat yang ia berjalan dengannya.
Kerana bagi segala sesuatu ada ukuran dan keserupaannya.
Maka begitulah halnya hati yang menyerupai hati yang lain.
Ia akan menunjukkan hubungan ketika adanya pertemuan (persahabatan).”
3) Orang yang soleh
4) Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia
Maka suka sekedudukan dengan orang yang tamak pada dunia akan menambah tamakmu kepada dunia. Dan sebaliknya suka sekedudukan dengan orang yang zuhud akan menambah zuhudmu kepada dunia.
5) Orang yang benar
Jangan bersahabat dengan orang yang pendusta. Mungkin ia akan menipu engkau, kerana ia seperti fatamorgana yang seakan-akan mendekatkan yang jauh atau menjauhkan yang dekat.
Sebagai penutup, Rasulullah pernah bersabda:
TAJUK: Bidayatul Hidayah
PENULIS: Imam Al-Ghazali
PENTERJEMAH: Ahmad Fahmi Zamzam
TEBAL: 190 mukasurat
HARGA: RM10.00
BELI: Kakak Bagi..ngeh..ngeh..ngeh..
~Ada soalan?~
Posted by Lagenda at 8:56 PM 0 comments
Sunday, February 28, 2010
~doa setiap anggota wudhuk~
Buku ini menggariskan amalan-amalan yg kita lakukan setiap hari. Antaranya ialah adab-adab melakukan ketaatan. Dalam adab berwudhuk, Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a telah menggariskan panduan doa-doa yg dibaca ketika membasuh setiap anggota wudhuk.
Ketika berkumur-kumur bacalah:
“Ya ALLAH, Permudahkanlah aku untuk membaca kitabMU (Al-Quran) dan untuk memperbanyak berzikir kepadaMU dan kukuhkanlah aku dengan perkataan yg kukuh (La Ilaha Illallah) di dunia dan di akhirat”
[maksudnya jadikanlah hidup dan mati hambaMU ini di dalam keadaan beriman]
Ketika memasukkan air ke dalam hidung, bacalah:
“Ya ALLAH, ciumkanlah akan hidung ini akan bau wangi syurga sedangkan Engkau redha daripadaku”
Ketika menghembuskan air dari hidung pula, bacalah:
“Ya ALLAH, aku berlindung dari bau busuk neraka yg Engkau cipta dan daripada kejahatan tempat kediamanku”
Ketika membasuh muka, bacalah:
“Ya ALLAH, putihkanlah mukaku dengan nurMU pada hari kiamat dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapanMU seperti hitamnya muka musuh-musuhMU”
Ketika membasuh tangan kanan, bacalah:
“Ya ALLAH, berikanlah kepadaku catatan amalanku di tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yg mudah”
Ketika membasuh tangan kiri pula,bacalah:
“Ya ALLAH, janganlah Engkau berikan catatan amalanku di tangan kiriku atau daripada sebelah belakangku”
Ketika menyapu kepala bacalah:
“Ya ALLAH, liputilah aku dengan rahmatMU dan kurniakanlah aku berkatMU, dan naungilh aku di bawah naungan arasyMU di hari yg tidak ada naungan kecuali hanya naunganMU. Ya ALLAH, haramkanlah rambutku dan kulitmu daripada sentuhan api neraka.”
Ketika membasuh telinga bacalah:
“Ya ALLAH, jadikanlah aku hambaMU yg mendengar perkataan yg baik lalu mengikutinya. Ya ALLAH, perdengarkanlah kepadaku suara pemanggilsyurga di dalam syurga bersama dengn orang yg baik”
Ketika membasuh tengkuk bacalah:
“Ya ALLAH, bebaskanlah tengkokku ini daripada api neraka dan aku berlindung denganMU daripada segala rantai dan belenggu di dalam api neraka”
Ketika membasuh kaki kanan bacalah:
“Ya ALLAH, tetapkanlah kedua kakiku di atas titian Siratul mustaqim bersama dengan kaki-kaki hambaMU yg soleh.”
Ketika membasuh kaki kiri pula, bacalah:
“Ya ALLAH, aku berlindung denganMU daripada tergelincir kakiku ke dalam api neraka ketika aku melalui titian siratul mustaqim. Di mana pd hari itu akan tergelincir kaki-kaki orang munafik dan musyrik”
Posted by Cahaya Sakinah at 7:02 PM 1 comments
Saturday, February 20, 2010
Ayyuhal Walad
Seorang anak murid kesayanngan Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali yang dahagakan ilmu pengetahuan menulis sepucuk surat kepada gurunya untuk meminta nasihat khusus untuknya. Ayyuhal Walad karangan Al-Imam Al-Ghazali merupakan sepucuk surat balasan kepada surat anak murid kesayangannya tersebut.
Kesungguhan anak murid Imam Ghazali dapat dilihat apabila beliau memanfaatkan segala ruang yang ada untuk mendapatkan mutiara hikmah daripada seorang ulama’ tersohor pada masa tersebut.
Surat ini juga boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja pada masa sekarang kerana ianya merupakan himpunan nasihat seorang guru kepada muridnya dan umpama nasihat seorang ayah kepada anaknya sendiri.
Terdapat sebanyak 25 mutiara nasihat yang imam Ghazali sertakan dalam kitab ini yang sebenarnya dipetik daripada kitabnya sendiri Ihya Ulumuddin. Ia merangkumi banyak aspek termasuk berkaitan dengan ilmu, tasauf, tawakal, ikhlas dan sebagainya.
Sebagai seorang insan biasa, kita memerlukan banyak nasihat untuk memastikan hidup kita masih berputar di landasan yang betul. Buku ini amat berguna untuk menjadi teman kita dan dapat memberikan nasihat yang berguna setiap hari.
Semoga buku ini menjadi salah satu asbab untuk kita berubah kepada yang lebih baik..jadilah anak murid yang taat dan baik..
~ada soalan?~
Tajuk: Ayyuhal Walad (wahai anakku yang tercinta)
Karangan: Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali
Penterjemah: Abu Ali Al-Banjari An Nadwi
Terbitan: Khazanah Banjariah cetakan keempat, 2007
Harga: RM5.00
Mukasurat: 84
Posted by Lagenda at 4:01 PM 0 comments
Tuesday, February 9, 2010
Sandera Kebun Cinta
14 Februari memang sinonim dengan hari Valentine yang dikatakan sebagai hari meningkatkan cinta kasih kepada pasangan masing-masing. sehubungan dengan itu, JKM dan KTKS KTDI telah mengadakan satu ceramah berkaitan dengan hari 'pelik' ini bagi menyedarkan mahasiswa UTM tentang hakikat kasih sayang yang sebenar. Ia disampaikan oleh Ust. Mahyuddin Md Sarip dari Pusat Islam UTM.
Sedikit perkongsian daripada program tersebut, cinta boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:
CINTA ALLAH
>>jika kita mencintai Allah, Allah akan menjaga cinta kita kepada manusia
>>Surah Taha mampu melembutkan hati orang marah dengan izin Allah
>>Jika kaum hawa marah, ianya tidak akan lebih dari 4 minit tapi membawa kemusnahan yang dasyat
>>jika kaum adam marah, ia tidak mengakibatkan kemusnahan yang dasyat tapi mengambil masa yang lama untuk sembuh
CINTA RASUL
"ya Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai kau seperti aku mencintai diri aku sendiri" kata Umar Al-Khattab kepada Rasulullah
kemudian Rasulullah menjawab, "kau silap wahai umar"
dan menyambung, "tidak beriman dikalangan kamu sehingga engkau menyayangi aku melebihi engkau menyayangi diri engaku sendiri, ibubapa, dan anak-anak"
SAYANG IBU BAPA
"seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, namun 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu"
SABDERA KEBUN CINTA
>>setelah kita menaburkan cinta kepada 3 pihak di atas, barulah kita boleh melabuhkan cinta kepada pasangan masing-masing DENGAN JALAN YANG HALAL.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
~Ar-Ruum: 21~
~semoga apa yang kita lakukan diterima oleh Allah~
Posted by Lagenda at 9:36 AM 0 comments
Saturday, February 6, 2010
Hidup Indah Bersama Islam

Pusat Islam UTM, jumaat, 5 Februari 2010. Satu ceramah Islam bertajuk "hidup indah Bersama Islam" telah diadakan semalam oleh Kelab Iqra' UTM dengan kerjasama Fakulti Tamadun Islam. Ceramah selama hampir 2 jam itu telah disampaikan oleh seorang penceramah terkenal, Ustaz Zahazan Mohamed. Beliau merupakan seorang yang terlibat dalam bidang dakwah di akhbar, majalah, radio dan TV dalam dan luar negara sepaerti majalah solusi dan radio IKIM.fm.
bertemakan kesyumulan Islam, beliau telah berkongsikan banyak mutiara ilmu kepada ratusan hadirin yang datang. bermula dari kesyumulan Islam, beliau telah mengupas satu persatu kehebatan Islam dan penganutnya sama ada pada masa sekarang ataupun pada zaman Rasulullah SAW. antaranya ialah tentang kebijaksanaan Saidina Ali Karamallahu wajhah dalam menyelesaikan banyak masalah yang memerlukan pelbagai cabang ilmu pada zaman pemerintahan khulafa Ar-Rasyidin.
Beliau juga turut menceritakan tentang keadilan saidina Abu Bakar As-siddiq yang sedia menerima pendapat sahabat lain dalam memutuskan sesuatu perkara. Saidina Umar Al-Khattab juga merupakan seorang khalifah yang zuhud sebelum dan selepas menjadi pemerintah terbesar negara Islam pada masa tersebut.
tidak ketinggalan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya yang taat kepada arahan dan perintah agama sehingga meng'iakan hadis Rasulullah ketika menggali Parit Khandaq;
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
terdapat banyak perkara dan isu semasa yang disentuh oleh ustaz Zahazan dalam ceramah tersebut. penulis masih lagi belum mendapatkan rakaman suara ceramah tersebut. InsyaAllah akan diusahakan..
wallahu 'alam
~ada soalan?~
Penulis:
Kamsar Bin Muhamad Bahron
3-SMM Kejuruteraan Mekanikal (Mekanikal)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Lagenda Pejuang Islam
Posted by Lagenda at 9:27 AM 0 comments

