.::Kelab Intelek Islam::.

Wednesday, January 13, 2010

Gotong Royong Membersihkan Surau

Pada hari Rabu yang lepas, sekali lagi Lujnah Surau Dan Kebajikan mengadakan satu gotong royong membersihkan surau Ar-Rahman KRP. ia adalah antara program berkala yang dijalankan bagi memastikan kebersihan dan keceriaan surau tetap dipelihara.

program ini amat penting bagi memastikan para jemaah yang datang menunaikan tanggungjawab mereka di surau ini merasa selesa dan tenang dalam beribadah.

peserta gotong royong sibuk membersihkan dan menyusun sejadah


almari yang sudah lama terbiar kini dijadikan salah satu rak terbesar di dalam surau untuk menyimpan barang.


Pengerusi lujnah surau dan kebajikan sibuk mengemas Al-Quran..


beberapa orang ahli IIC tekun menyiapkan softboard untuk memuatkan banyak info semasa dan beberapa tazkirah ringkas.


semoga segala gerak kerja membersihkan rumah Allah ini mendapat rahmat-Nya. diharapkan semua warga kolej dan ahli IIC dapat terus istiqamah dalam menjaga kebersihan tempat beribadat kita di KRP ini.

0 comments: