.::Kelab Intelek Islam::.

Thursday, January 14, 2010

‘…ala, macam template powerpoint tu…’





Artikel ini merupakan sambungan kepada tajuk ‘…ha, macam ni la…’. Penulis ingin berkongsi bersama pembaca mengenai suatu topik yang berkaitan sunnatullah yang telah dibincangkan secara panjang lebar pada post yang lepas. Terlebih dahulu, penulis ingin memohon kemaafan diatas kelewatan post kali ini kerana kesibukan hal dunia.
Adakah pembaca masih ingat dengan persoalan yang ditimbulkan oleh penulis? Bagaimanakah sunnatullah yang difahami tadi dapat diaplikasikan untuk menyelamatkan maruah dan nyawa orang islam seluruh dunia?erm..bagus kalau masih ingat. Kalau tak ingat atau tak tahu, bolehlah rujuk pada post yang terdahulu.Semestinya penulis yakin bahawa anda semua sudah familiar penggunaan powerpoint . Maklumlah, zaman serba moden. Apa yang penulis ingin kaitkan disini adalah template yang terdapat didalam software itu. Erm…apa dia ye? Kalau anda perasan, terdapat beberapa jenis template yang disediakan. Ada yang menyediakan ruangan tajuk dan isi, tajuk sahaja, pembahagian kepada dua bahagian, boleh dimasukkan gambar, video dan lain-lain. Pengguna hanya perlu menggunakan template yang bersesuaian dengan bahan dan cara penyampaian yang ingin digunakan. Tiga langkah mudah. Pilih template, masukkan bahan, siap! So, sangat mudahkan?Jadi, apa kaitan dengan seerah nabawi dengan template powerpoint? Sebenarnya template itu hanyalah analogi yang digunakan oleh penulis. Seerah nabawi juga seperti itu. Kita membaca dan mempelajari seerah bukan sekadar suka-suka, mengisi masa lapang, menambah ilmu pengetahuan ataupun paksaan. Sebenarnya, ada perkara lebih bermakna daripada itu, di mana dapat menjadi panduan dan inspirasi hidup kita. Hanya ikut langkah yang mudah, pilih template(keadaan), masukkan bahan (sesuaikan dengan keadaan semasa), siap!(laksanakan).Mari kita ambil satu contoh. Peristiwa peletakan hajarul aswad pada tempatnya. Perkara ini berlaku kerana ketika itu Bandar mekah mengalami banjir yang teruk. Setelah selesai pembaikpulihan Bandar mekah dan kaabah sendiri, timbul satu permasalahan. Siapakah yang paling layak meletakkan hajarul aswad pada tempatnya. Ini kerana perkara itu sangat bermakna kepada seluruh penduduk mekah yang terdiri pelbagai suku kaum. Mereka merasakan kaum masing-masing mempunyai hak keatasnya.Dipendekkan cerita, nabi Muhammad dilantik menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah ini. Apa yang dilakukan oleh nabi? Adakah nabi meletakkan sendiri batu tersebut pada tempatnya dari awal hingga akhir? Tidak. Walaupun nabi diberi kepercayaan oleh penduduk mekah dan memiliki kemuliaan pada dirinya, nabi tidak mengambil jalan mudah. Malah nabi berfikiran jauh dan kreatif. Apa yang nabi lakukan? Nabi menghamparkan serbanya dan meletakkan batu itu ditengah-tengah. Kemudian baginda meminta wakil ataupun ketua dari setiap suku untuk memegang hujung serban itu dan membawanya ke kaabah. Akhirnya nabi meletakkan kembali batu tersebut pada tempatnya.
Mari kita kaji hikmah disebalik tindakan nabi itu. Jika difikirkan, lebih mudah saja nabi menyelesaikan masalah tersebut bersendirian, disebabkan kepercayaan dan kemuliaan dirinya. Tetapi, oleh kerana memikirkan kemaslahatan umat untuk jangka masa panjang, baginda membuat tindakan yang bijak ini. Kesannya sangat mendalam. Antaranya adalah ;
1. Mengelakkan perasaan kurang puas hati dan ‘cakap-cakap belakang’ di kalangan orang-orang mekah yang bersuku-suku dan berpuak-puak dimana boleh mencetuskan pertelingkahan.
2. Menambah kepercayaan dan kredibiliti nabi dikalangan penduduk mekah. Memudahkan nabi untuk berhadapan dengan masyarakat pada masa datang.So, jika kita bawa kepada konteks kita sekarang, banyak perkara boleh dikaitkan. Sebagai contoh dalam projek makmal mahupun berpesatuan. Jika kita dilantik menjadi ketua, maka segala arahan akan bermula dari kita. Ada sebahagian kita yang hanya pandai mengarah, tapi malas nak menyumbang usaha. Ada pula yang suka membuat kerja sendiri dengan alasan kurang yakin kepada ahli ataupun tak mahu menyusahkan ahli. Biasanya, situasi ini akan menimbulkan ketegangan dan kesan yang buruk pada kemudian hari. Ini kerana semua ahli mempunyai hak keatas keatas projek ataupun program tersebut. Jadi, jika kita mahu mengambil peristiwa hajarul aswad sebagai template kita, apa perlu kita lakukan?ya..betul.Antara langkah yang perlu diambil adalah :• Membahagi-bahagi tugas kepada ahli walaupun untuk tujuan kecil atau pada pandangan kita sebagai remeh, seperti menyusun kerusi untuk program, mengacau larutan dan mengambil bacaan dalam eksperimen lab. Ini kerana ahli-ahli merasakan projek tersebut amat signifikan kepada mereka dan mereka puas kerana telah contribute sesuatu.
• Sebagai ketua, perlulah turun padang dalam melaksanakan kerja.
Jadi, apakah kesannya? Insyaallah kita akan mendapat kesan seperti mana baginda dapat. Kenapa? Sebab kita telah mengikuti sunnatullah. Seterusnya, penulis yakin bahawa anda semua tahu umat islam pernah berada di zaman puncak kegemilangan dunia pada suatu ketika dahulu, pada zaman keemasan abasiyah. Pada ketika itu, islam sangat mulia, sehingga digambarkan umat islam menjadi rujukan dunia dari seluruh pelosok dunia. Tetapi kini, kita berada di bawah, suasana yang sama seperti nabi Muhammad memulakan misi dakwahnya. Ditindas, dihina dan ditentang. Adakah nabi mengambil jalan mudah dengan mencari kuasa dahulu baru mnyebarkan dakwah? Tidak. Malah nabi telah di offerkan jawatan tetapi telah menolaknya.Nabi bermula dari seorang, kemudian beberapa pengikut yang setia. Seterusnya masyarakat islam(muhajirin dan ansar) dan negeri islam(madinah). Setelah beberapa ketika, berkembang menjadi wilayah islam(pembukaan mekah) dan wilayah-wilayah arab disekeliling. Perjuangan nabi diteruskan oleh para sahabat dengan menembangkan ke rom, parsi dan seluruh dunia. Akhirnya islam dimuliakan dengan penguasaan 2/3 dunia dan wujudnya sistem khalifah.
Kesimpulannya, jika kita hendak Berjaya kembali seperti orang terdahulu, kita ikutilah cara dan jalan yang telah dilalui oleh mereka. Ini kerana menepati sunnatullah yang telah ditetapkan.sekian…

0 comments: