.::Kelab Intelek Islam::.

Thursday, January 7, 2010

Iftar Dan Taklimat IIC

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.


Pada hari khamis lepas, IIC telah mengadakan satu program iftar ad-hoc bersama dengan mahasiswa KRP yang datang ke surau pada hari tersebut. Bersama dengan pengetua kolej, Dr. Anizu, seramai lebih kurang 20 orang mahasiswa menikmati juadah berbuka yang diinfakkan oleh seorang hamba Allah. (semoga beliau dirahmati Allah)..

hidangan yang menyelerakan..


sebahagian daripada jemaah yang datang solat maghrib..

pengerusi JKM memperkenalkan diri dan memberi taklimat

Pada malam tersebut juga, telah diadakan satu program khas yang menghimpunkan pengetua, seluruh JKM KRP, felo penasihat, dan pimpinan tertinggi kelab kolej bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan program yang telah dirancang sepanjang tahun ini.

khusyuk. para hadirin khusyuk mendengar taklimat daripada semua vip yang hadir termasuk tuan pengetua sendiri..


~semoga segala apa yang telah dirancang mendapat redha Allah~


Penulis:
Kamsar Bin Muhamad Bahron
3-SMM Kejuruteraan Mekanikal (Mekanikal)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Lagenda Pejuang Islam

0 comments: