.::Kelab Intelek Islam::.

Sunday, July 4, 2010

Keajaiban Solat Istikharah


Dalam kehidupan seharian seorang mukhallaf sebagai hamba Allah, kita tidak akan terlepas dari membuat keputusan sama ada keputusan besar ataupun yang remeh.


Kini, solat istikharah agak sinonim dengan solat yang dilakukan dalam menentukan jodoh masing-masing. Tapi, hakikatnya solat ini mempunyai peranan yang lebih penting dari itu. Sehinggakan Rasulullah sendiri apabila mengajarkan solat istikharah kepada para sahabat, baginda begitu bersemangat sekali keperti sedang mengajarkan surah kepada mereka.
Dari segi bahasa, istikharah adalah meminta kebaikan secara mutlak tanpa adanya batasan tertentu. Oleh itu, seseorang yang ingin solat istikharah, mestilah membersihkan hatinya daripada pilihan yang tidak baik dan mengharapkan agar segala pilihan yang ditunjukkan oleh Allah adalah pilihan yang membawa kepada kebaikan.


Antara lain, Rasulullah juga mengajarkan doa:
Wahai Allah, bila menurutMu urusan ini baik bagi diriku, agamaku, kehidupanku dan juga baik akibatnya, maka tetapkanlah hal itu untukku. Namun, jika menurutMu urusan ini buruk bagi diriku, agamaku, kehidupanku dan juga dan juga buruk akibatnya, maka jauhkanlah hal itu dariku.tetapkanlah selalu kebaikan untukku, biar apapun keadaannya, lalu jadikanlah aku redha kepadanya.
Ibnu Taimiyah pernah berkata: “tidak akan menyesal orang yang beristikharah kepada Allah yang maha Pencipta dan bermesyuarat dengan manusia, serta selalu menetapkan hati dalam setiap urusannya.

Catatan:
1) Buku ini membetulkan pandangan kita tentang solat Istikharah
2) Buku ini tidak tebal sangat
3) Setiap manusia tidak mampu untuk sentiasa membuat keputusan yang tepat.
4) Istikharahlah. Kamu tidak akan rugi.

Tajuk: Keajaiban Solat Istikharah
Tebal: 75 mukasurat
Penulis: Hj Abdul Rahman Bin Mohd. Adil
Harga: RM8
Kedai: Student Union Building UTM Skudai

Sunday, June 27, 2010

TUHAN MANUSIA



Tuhan manusia. Buku kedua Faisal Tehrani yang aku baca dan yang kedua aku telah jatuh cinta. Bukan hanya kerana jalan cerita yang cukup menarik bahkan susunan ayat yang menarik memudahkan pembaca untuk menghayati jalan cerita seolah-olah tergambar dihadapan mata. Tapi itu bukan faktor utama kenapa ia merupakan salah satu buku yang mesti dimiliki oleh setiap muslim. Isu yang cukup besar telah dibincangkan dalam buku ini…
Photobucket

Andai kota itu peradaban, rumah mereka adalah budaya, dan menurut ibu mereka, tiang serinya adalah agama. Sejak abangnya murtad, Ali Taqi telah menjadi seorang remaja yang berada lebih hadapan daripada kawan-kawannya yang lain dari segi keintelektualan dan kematangan dalam rangka memahami kemurtadan abangnya yang menjadi mangsa pemikiran cara barat yang hodoh. Pluralism adalah salah satu serangan pemikiran yang melanda umat Islam pada masa kini yang sepatutnya menjadi salah satu tajuk prioriti dalam agenda dakwah dan saling memperingatkan antara satu sama lain.
Photobucket

Ilmu takkan diperolehi hanya dengan belajar kerana ilmu itu ialah sinar petunjuk, untuk mendapatkan ilmu haruslah terlebih dahulu memahami hakikat ubudiyyah. Seorang ayah yang sentiasa memastikan anaknya tidak kekeringan dari segi ilmu sangat menyayangi Ali Taqi. Kehilangan anak sulungnya telah digantikan dengan masuknya kawan karib Ali Taqi kedalam Islam.
Photobucket

Novel karangan Faisal ini merupakan satu jalan cerita yang agak pendek namun padat dengan maklumat yang tidak seharusnya diabaikan oleh para daie. Dengan teknik imbas kembali yang tersusun, penulis Berjaya menjadikan ia sebuah novel yang dapat membuka panorama pemikiran pembaca dalam mencari kebenaran antara hakikat ketuhanan yang sebenar dan kebatilan.
Photobucket

Catatan:
- Novel ini agak berat dengan fakta dan maklumat. Jadi, jangan hanya menganggap ini sebagai sebuah novel tapi sebagai bahan ilmiah
- Saya agak kurang puas hati dengan penutup cerita novel ni..huhu..

Wednesday, May 26, 2010

Kasih Ibu: Sebuah Cerita

Kasih ibu kasih sejati..
Kasih ibu membawa ke syurga..
pernahkah kita bertanya..

apakah yang telah kita lakukan untuk ibu?
apakah yang telah kita doakan untuk dia?
apakah yang telah kita berikan kepadanya?

satu kisah benar yang benar-benar menggugah jiwa seorang anak yang masih belum mampu memberikan apa-apa untuk sebatang tubuh bernama ibu..
satu kisah tentang kasih ibu yang telah menggegarkan dunia selepas berlakunya satu malapetaka di tanah besar..

semoga kita mendapat ibrah daripada cerita agung ini..
YOU MUST REMEMBER THAT YOUR MOTHER WILL ALWAYS LOVE YOU!!





sila klik pada imej untuk besarkan..
~ada soalan?~

catatan:
1) i love you mom!
2) i will always love you mom!

JAWATAN KOSONG-JGN LEPASKAN PELUANG!




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana hari ini diri ini masih diberi peluang untuk menghirup udara Allah serta menikmati segala kurnianNya yang amat sangat tidak terhitung betapa tinggi nilainya. Subhanallah…
Sedar atau tidak, manusia pada hari ini leka dengan segala nikmat duniawi hinggakan kafir laknatullah (Yahudi dan Kristian) sedang bertepuk tangan gembira apabila umat Islam pada hari ini telah dapat memenuhi segala tuntutan mereka. Di manakah umat Islam kini??Perasaan prihatin terhadap sedara seislam sendiri sudah tiada lagi di dalam sanubari umat Islam. Ke mana perginya perasaan ini? Adakah umat Islam pada hari ini telah tersasar jauh dari landasan Islam? Tepuk dada, Tanya iman.. Sememangnya umat Islam kini sudah lari dari landasan Islam , jauh meninggalkan ajaran Agama Islam yang sebenar. Beginilah realiti umat manusia pada masa kini, yang hanya tinggi pada nilai kuantiti tapi bukan pada kualiti.
Rasulullah pernah bersabda, `Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang Islam yang lain, maka dia bukanlah dari kalangan golongan mereka (orang-orang Islam).
Ayuhlah, kita sama2 cakna dengan saudara kita dan sama-samalh kita mendekatkan diri kpdNya, kerana setiap yang hidup pasti akan mati dan MATI ITU PASTI!!
Marilah kita sama-sama merebut jawatan tersebut!!siapa cepat, dia dapat…renung2kan dan selamat beramal =)

Monday, May 24, 2010

MISI 8A!



Sejak dari kecil lagi, kita selalu mendengar dan diajar agar menjauhkan diri dari perkara yang tidak berfaedah seperti membaca komik jika ingin ‘Berjaya’. Kini komik bukan lagi musuh besar dalam pelajaran. Syarat utama; ia mestilah bermanfaat. PTS mengambil inisiatif untuk menjadikan komik yang sememangnya diminati ramai sebagai medium untuk menyampaikan peringatan terutama kepada yang liat untuk membaca buku.
Photobucket

Karangan dua beradik yang cemerlang dari Johor ini menceritakan tentang seorang pelajar tingkatan 3 yang mengalami masalah pelajaran (ala-ala nobita). Dia hanya cuba belajar apabila semua barangannya seperti permainan video, ipod dan lain-lain telah dirampas oleh ibunya dan berjanji akan mengembalikannya jika beliau mendapat peningkatan dalam pelajaran.
Hidup dan kehidupannya berubah setelah dia bertemu dengan seorang pelajar pintar dari tingkatan yang sama…
Photobucket


Buku ini sepatutnya berda di tangan setiap pelajar yang inginkan momentum tambahan dalam menempuh hidup sebagai seorang yang inginkan kejayaan. Ia memuatkan lukisan yang berkualiti, memiliki unsur-unsur jenaka ala-ala komik jepun dan mempunyai beberapa babak yang menyentuh perasaan..
Photobucket


Penulis/Pelukis: Afiq, Nazry
Harga: RM 6.90 / RM 7.90
ISBN-13: 978-967-5564-23-9
Tarikh Terbit: 20 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 112
Kategori: Komik
Terbitan: PTS Millenia SDN BHD
Beli: Pesta Buku Antarabangsa KL

Saturday, April 24, 2010

..::bAliK kAmPunG::..

Assalamualaikum para pembaca sekalian..

Study week dah lambat habis..

Exam week baru sahaja habis..

Jadi lepas nih week apa pula?..ceh2..buat-buat Tanya pula…

Lepas nih…

HOLIDAY week…

Sekadar peringatan buat para pembaca, manfaatkanlah waktu cuti dengan kerja yang berfaedah. Banyak yang boleh kita buat sepanjang cuti nih. Ketahuilah bahawa tidak semua dalam kalangan kita dapat pulangkan ke kampung dan bersama keluarga tercinta. Ada dalam kalangan kita dapat pulang ke kampung tapi tak dapat bersama dengan keluarga tersayang disebabkan ada Latihan Industri (merujuk kepada diri sendiri). Kepada mereka yang berpeluang berada di samping keluarga tercinta,manfaatkanlah masa bersama secara optimum. Bantulah ibubapa kita meringankan kerja mereka. Eratkanlah hubungan sesama saudara dalam kalangan adik-beradik dan saudara-mara.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, April 2, 2010

Cerita Peperiksaan

Salam.
demam peperiksaan telah tiba. study week (baca: project week) hampir melabuhkan tirainya. apa persiapan kita?

SEBELUM PEPERIKSAAN

Doa senjata mukmin

ingat Allah hati tenang. yakinlah pertolongan Allah itu dekat

part 1

part 2..ingat lah mana yang lebih penting


BARU HABIS PEPERIKSAAN

bersedia awal. last minute tidak baik untuk kesihatan

buat perancangan. jangan sampai segalanya jadi sia-sia


SEMASA CUTI

jangan membosankan diri. banyak perkara berfaedah boleh dibuat

jangan sibukkan diri dengan perkara yang tidak penting


ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

KESIMPULAN



KAU BOLEH TU!

BOLEH BAH KALAU KAU!

semoga segala usaha kita direhai Allah.
semoga segala perancangan selari dengan perancangan Allah
semoga peroleh kejayaan di dunia dan akhirat
semoga hidup penuh keberkatan.

kredit untuk galeri komik dakwah. kredit untuk mereka!
may Allah bless you all!. teruskan berdakwah untuk Islam dalam method yang menari!