.::Kelab Intelek Islam::.

Wednesday, December 23, 2009

'...ha,macam ni la...'

‘epul, berape pointer kau sem lepas?’Epul menjawab,’Ala…3.21 je.tak dapat senarai dekan pun.Punah harapan aku.’Dia mengeluh panjang.’Ok la tu. At least atas 3 pointer. Kau sepatutnye bersyukur. Ramai yang dah struggle gile-gile pun susah nak score atas 3 tau,’tegur Amin sambil menepuk bahu Epul. Mereka pun terus berjalan di hadapan blok H23.‘Ha..ko plak pe cer?’tanya Epul. Terpancar perasaan ingin tahu di wajahnya.’Alhamdulillah, biase-biase je. Tak kene tendang lagi dari U ni..atas 2 bawah 4,’jawab Amin selamba.’Ai..ajak bergurau pulak!Memang la atas 2 bawah 4, berape?tak aci la…aku dah bagitau pointer aku, kau pulak la..”tegas Epul sambil menarik tangan sahabatnya itu.’3.82 je.tak tinggi mane pun’.Epul tergamam.Seolah-olah ternampak gajah terbang.’Mak ai…kau ni manusia ke bukan.3.82 kau cakap tak tinggi?’epul kehairanan.’Dah la sem lepas ade 2 killer subjek, camne kau skor?’tambahnya lagi.Amin tersenyum.Kelakar melihat gelagat rakannya yang tak keruan itu.’Senang je la subjek tu.die ade teknik nak jawab.Aku ade tanye senior kos kite, abang Mustakim.Die cakap camni….”terang Amin kepada Epul dengan panjang lebarnya. Melihat gayanya tak ubah seperti seorang pensyarah sedang memberi lecture..

*penggunaan bahasa diatas tidak sesuai untuk kegunaan rasmi.

Situasi di atas memang sudah sinonim dengan kita sebagai pelajar universiti. Setiap kali awal semester pembelajaran, pointer merupakan salah satu topik yang hangat dibualkan. Tetapi itu bukanlah tajuk utama penulis ingin berkongsi dengan pembaca. Itu hanyalah contoh yang boleh digunakan untuk menerangkan satu tajuk yang menarik. Berdasarkan pengalaman, kita lebih mudah memahami sesuatu perkara jika kita dapat memberi contoh atau mengaitkan perkara itu dengan kehidupan kita.

Secara mudahnya, untuk mencapai suatu matlamat, kita perlulah membuat sesuatu. Jika kita lapar, matlamat kita ingin kenyang. Maka kita perlulah membuat sesuatu seperti membeli makanan di arked meranti, pau kawan-kawan dan sebagainya. Begitulah kefahamannya. Bagaimana pula,kalau kita lapar, tetapi kita membuat sesuatu dengan membaca buku?Secara hukum fitrahnya, memang tidak akan mencapai matlamat walaupun telah membuat sesuatu.Oleh yang demikian, timbul satu syarat untuk mencapai matlamat tadi iaitu dengan cara membuat sesuatu itu mengikut jalan fitrahnya.

Ok. Memandangkan pembaca semua merupakan golongan cerdik pandai ,penulis yakin bahawa pembaca dapat memahami dan menerima kenyataan diatas. Sekarang, penulis ingin membawa pembaca ke tahap seterusnya.Ingat, semua yang diterangkan mempunyai hubung-kait antara satu sama lain. Jika pembaca dapat memahami hubung-kait itu, pasti nikmat akan dirasai.

SUNNATULLAH.Pernahkah pembaca mendengar perkataan ini?Beberapa contoh yang famous seperti matahari terbit di sebelah timur, terbenam di ufuk barat. Planet berputar pada paksinya sambil mengelilingi matahari.Berdasarkan kefahaman, sunnatullah merupakan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada makhluknya untuk dipatuhi demi kemaslahatan alam ciptaanNya. Sebagai contoh, jika planet-planet tidak berputar pada paksinya, seperti mana yang telah ditetapkan, sudah pasti akan berlanggar antara satu sama lain.

Sekarang Penulis ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang satu analogi yang menarik. Analogi masak air.erm..nampak macam simple. Tetapi cuba pembaca pahami apa yang nak disampaikan.

ANALOGI MASAK AIR

Situasi : kita dibekalkan dengan sebekas air dan dikehendaki mendapatkan air yang selamat diminum.

Matlamat : mendapatkan air yang selamat diminum.(bebas kuman dan bakteria)

Ujikaji Kaedah pelaksanaan;

  1. Bahagikan kepada 3 bekas.
  2. Bekas pertama dikacau menggunakan sudu pada suhu bilik selama 5 minit. Perhatikan hasilnya.
  3. Bekas kedua dijemur ditengah panas matahari selama 15 minit. Catatkan pemerhatian.
  4. Bekas ketiga dipanaskan menggunakan penunu bunsen sehingga air mendidih(100c). Rekodkan hasilnya.

Keputusan:

Didapati bekas ketiga bebas kuman dan bakteria(melalui mikroskop). Manakala bakteria dan kuman hidup aman damai dalam bekas pertama dan kedua.

Kesimpulan:

Bakteria dan kuman akan terhapus apabila suhu mencapai 100c. Maka selamatlah air itu untuk diminum.

Jika terdapat sekumpulan pelajar lain,sebagai contoh 15 tahun kemudian, yang berhadapan dengan situasi yang sama dan melakukan prosedur yang sama, apa yang anda dapat katakan? Sudah tentu mereka dapat hasil yang sama. Ini kerana mereka telah melakukan mengikut jalannya.

Analogi diatas merupakan salah satu contoh yang boleh digunakan untuk menambah kefahaman.Untuk mencapai suatu matlamat, kita perlulah melakukan sesuatu mengikut cara fitrahnya, atau sunnahnya. Kita akan berjaya mencapai matlamat selagi kita mengikut caranya.Analogi ini boleh dikategorikan sebagai dalil aq’li. Manakala dalil naqli pula adalah;

Allah S.W.T juga telah berfirman di dalam Al-Quran;


Baiklah. Pointer,makan dan masak air merupakan perkara kecil sahaja dalam kehidupan kita.Sekarang penulis ingin menimbulkan persoalan. Bagaimanakah sunnatullah yang difahami tadi dapat diaplikasikan untuk menyelamatkan maruah dan nyawa orang islam seluruh dunia?Perkara ini akan dibincangkan pada post yang akan datang.Tunggu…





0 comments: