.::Kelab Intelek Islam::.

Friday, December 25, 2009

IIC Satu Pengenalan - VMO

Assalamualaikum..


Untuk memastikan sesebuah organisasi bergerak dengan lebih tersusun, kita memerlukan beberapa panduan yang kemas dan sistematik supaya segala gerak kerja yang kita lakukan tidak menyimpang dari tujuan sebenar organisasi itu ditubuhkan.

IIC mempunyai VMO (visi,misi,objektif) yang tersendiri untuk memudahkan para pimpinan memacu kelab ini ke arah yang sebaiknya.

VISI
Visi sebuah organisasi adalah pandangan umum dari cita-cita yang ingin diwujudkan oleh organisasi tersebut. sebuah visi harus meliputi beberapa persyaratan berikut;
1. Appropriate - konsisten dengan situasi, budaya, dan tradisi masyarakat.
2. Idealistic - menetapkan standard keberhasilan
3. Clarifying - membantu menjelaskan mengapa aksi diperlukan dan arah ini diambil.
4. Challenging - menuntut pengorbanan untuk usaha-usaha yang dilakukan.
5. Inspirational - memberikan daya entusias dan komitmen untuk terus bekerja keras.
~
wiki~


oleh itu, visi yang IIC telah tetapkan merupakan satu pendangan jauh yang ingin dicapai di peringkat kolej dalam jangka waktu yang panjang.

~GENERASI MUSLIM SEJATI~

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat dua generasi yang ada di kolej ini iaitu generasi mahasiswa dan generasi bukan mahasiswa. Kelab ini memfokuskan visi ini kepada skop yang lebih kecil iaitu generasi mahasiswa. Muslim sejati adalah masyarakat muslim yang mengamalkan Islam sebagai deen, cara hidup mereka seharian. Contoh paling tepat yang menggambarkan muslim sejati adalah Sahabat Rasulullah SAW sendiri bila mana mereka diumpamakan sebagai Al-Quran yang bergerak kerana sikap dan akhlak mereka yang luhur.



MISI

Misi adalah beberapa perkara yang kita perlu capai dan laksanakan dalam jangka masa pendek demi untuk mencapai misi yang telah ditetapkan. Oleh kerana visi adalah satu cita-cita besar yang kita ingin capai, misi pula akan bertindak sebagai cita-cita kecil yang perlu untuk dicapai. Ia adalah lebih spesifik daripada visi dan lebih mudah untuk dicapai. Sekiranya segala misi yang telah ditetapkan telah tercapai, maka secara automatik kita akan dapat mencapai visi yang diidamkan.

1. Menerapkan Islam kepada warga kolej dengan pelbagai medium

IIC sebagai satu kelab islamik yang mementingkan nilai intelektual akan menggunakan segala medium yang ada untuk melakukan gerak kerja dakwah kepada warga kolej. Segala program yang telah dirancang akan dipastikan dapat menerapkan Islam dikalangan warga kolej.



2. Membudayakan cara hidup Islam dalam suasana kolej

Selari dengan misi yang pertama, kami ingin menjadikan Islam sebagai satu cara hidup di kalangan warga kolej. Perkataan budaya digunakan merujuk kepada beberapa aktiviti yang biasa dilakukan dalam kehidupan seharian. Sekiranya cara hidup Islam telah dijadikan budaya, maka suasana kolej akan menjadi suasana Islam yang harmoni.


OBJEKTIF

1. Mengadakan pelbagai program yang islamik dan mendapat sambutan ramai

Seperti kelab-kelab kerohanian yang lain, mengadakan program yang islamik merupakan konsep utama program yang IIC jalankan. Namun, untuk mengukur keberkesanan kerja dakwah, setiap program mestilah mendapat sambutan ramai dari pelbagai jenis mad’u.


2. Merapatkan ukhuwah sesama ahli IIC dan warga kolej



Ukhuwah adalah kunci kepada lancarnya sesuatu program yang dijalankan. Setiap orang mengakui kerjasama dan amal jamai’e dapat menjadikan sesuatu aktiviti sukar menjadi mudah dan yang mudah menjadi bertambah mudah. Sentiasa bekerja dalam keadaan gembira. Sentiasa sabar dengan semua dugaan. Semua adalah berkat daripada ukhuwah yang terbina bilamana setiap individu mempunyai seseorang yang dapat membantu mengharungi ‘jalan dakwah’ yang panjang ini.



1. Menghayati budaya ilmu melalui aktiviti yang dilakukan


Menyahut seruan Naib Canselor UTM, Dato’ Zaini Ujang dalam bukunya menghayati budaya ilmu, IIC dilihat sebagai satu medium yang sangat sesuai untuk menjayakan seruan tersebut di peringkat kolej. Setiap aktiviti yang dirancang akan dipastikan dapat menerapkan unsur ilmiah ke dalam jiwa peserta dan ajk supaya para mahasiswa tidak lagi dilihat hanya sebagai satu kelompok masyarakat yang hanya tahu berhibur sahaja. Bahkan mereka akan menjadi satu golongan yang menyahut seruan Allah dalam ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW iaitu ‘iqra’.


2. Melahirkan insan teknokrat yang menjadikan Islam sebagai dasar etika kerja dan asas kehidupan


Teknokrat adalah golongan yang pakar dalam bidang sains dan teknologi. Dalam konteks mahasiswa UTM, kami ingin melahirkan teknokrat yang bukan hanya rajin untuk duduk bersendirian dan belajar tetapi apa yang diinginkan adalah lebih dari itu. Teknokrat islam seharusnya menjadikan agama mereka sebagai dasar etika dalam setiap gerak kerja yang dilakukan. Ini dapat memastikan teknokrat yang bakal lahir ke dunia luar nanti adalah teknokrat yang terbaik terutama sekali dari segi akhlak.

~semoga dengan perkongsian ini dapat menjadi titik mula kepada semua warga kolej khususnya ahli IIC untuk mencapai visi yang telah ditetapkan~



Penulis:
Kamsar Bin Muhamad Bahron
3-SMM Kejuruteraan Mekanikal (Mekanikal)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Timbalan Pengerusi 1 (Aktiviti) IIC
Lagenda Pejuang Islam

0 comments: