.::Kelab Intelek Islam::.

Sunday, December 20, 2009

INDUKSI 3 HARI KRP

"Kebenaran Yang Tidak Terancang Akan Dikalahkan Oleh Kebatilan Yang Tidak Terancang"

Pada 18-20 Disember lepas, Kolej Rahman Putra buat pertama kalinya setelah perubahan tampuk kepimpinan yang baru riuh selama 3 hari untuk membuat grand design untuk setahun. Beserta dengan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, kelab-kelab kolej juga turut terlibat untuk membuat perancangan dalam program tersebut.

IIC juga tidak ketinggalan dalam membuat perancangan kelab. beberapa program telah diatur berdasarkan kepada visi, misi, dan objektif yang telah ditetapkan. bagi memastikan gerak kerja dakwah terus berjalan, kami telah merancang beberapa program menarik khas untuk warga kolej dan ahli IIC khususnya.

Program berkala telah disusun untuk memastikan pembudayaan ilmu dan dakwah terus bergerak seiring dengan peredaran masa. manakala beberapa program tidak berkala telah dirangka untuk membuat sedikit perkongsian ilmu untuk warga kolej sama ada secara teori ataupun secara praktikal.

suasana sibuk di kalangan JKMKRP..namun ia tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus bekerja.


serius. MT IIC yang sedang berbincang semasa membuat kertas kerja program



suasana perbincangan. dengan perbincangan, kita akan dapat menggabungkan banyak idea baru daripada beberapa corak pemikiran yang berlainan.


bendahari IIC...AZZAD.

~semoga segala perancangan selari dengan perancangan Allah dan ia dapat memberi impak yang besar kepada mahasiswa mahasiswi kolej Rahman Putra~

Penulis:
Kamsar Bin Muhamad Bahron
3-SMM Kejuruteraan Mekanikal (Mekanikal)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Timbalan Pengerusi 1 (Aktiviti) IIC
Lagenda Pejuang Islam

0 comments: